Monday, June 17, 2019

[416.19] PENJARA SIMPANG RENGGAM




[416.19] PENJARA SIMPANG RENGGAM

Tahanan dan banduan di sini melibatkan reman wanita dan tahanan khusus di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

Jarang ke sini sebab tidak banyak memfailkan permohonan semakan dan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Muar. Biasanya klien di Batu Gajah dan PCO. Banyak juga start daripada tangkapan LLPK dan tidak tunggu perintah keluar.

Ramai hari ini. Keluarga ambil peluang berjumpa sempena masih dalam mood raya. Kasihan pula melihat anak kecil melawat ibu yg ditahan reman. Ayah dan ibu tua membawa cucu mereka. Suami membawa anak-anak. 

Tidak kurang juga yg melawat tahanan LLPK. Antara pentingnya lawatan adalah semangat. Agar merek tidak putus asa atau merasa kecewa atas penahanan. Mungkin ia menjadi turning point kepada tahanan untuk jadi baik. Siapa tahu, insyaAllah.

Kedai runcit Pride Mart laku keras. Kalau aku jadi tokey kedai runcit macam ni selalu kena serbu, boleh gi Mekah visa 30hari ni.

Nasib baik la Penjara di Johor, Kelantan dan Kedah kerja ahad. Boleh atur masa ke sini lebih kerap. Tanpa ganggu kerja lain.

Hindari jenayah.
Bersahabat dengan orang baik untuk jadi baik.
 — atHisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►