Ini melibatkan persoalan perundangan yang mana ada orang awam bertanyakan saya. Bagi mereka, bukti konkrit tiada tetapi masyarakat awam tidak mempunyai pengetahuan asas beban bukti mahupun prosedur pembuktian kes adalah berbeza mengikut kesalahan.
Masyarakat perlu dapatkan nasihat jelas daripada Peguam dan elakkan salah faham.
Dalam perundangan jenayah, beban bukti terletak kepada Pendakwaan untuk membuktikan kes mereka selaras dengan elemen peruntukan pertuduhan tersebut dan juga sebagaimana kertas pertuduhan yang dikenakan.
Walaubagaimanapun terdapat kes melibatkan strict liability yang mana beban bukti pendakwaan tidak setinggi kebiasaan dan hanya memerlukan membuktikan elemen-elemen perlu yang selaras dengan peruntukan perundangan dan anggapan yang ada di dalam perundangan.
Selebihnya pihak Pembelaan yang perlu menyangkalnya (rebut). Isu anggapan di dalam perundangan akan bincang di lain hari.
Artikel lain di:
www.instagram.com/
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.twitter.com/
www.wassap.my/60139307961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..