Monday, June 25, 2018

[123.18] PENETAPAN CUKAI SETEM PINDAH MILIK



Penetapan Cukai kepada pindah milik adalah bidangkuasa dan budibicara Lembaga Hasil Dalam Negeri. Setiap pindah milik dikenakan cukai yang dinyatakan secara jelas melalui surat makluman termasuk denda dan penalti sekiranya ada.

Berapa nilainya boleh dianggarkan tetapi amaun sebenarnya akan dimaklumkan secara rasmi oleh LHDN. Yang mana budibicara LHDN untuk memberikan diskaun, perlepasan mahupun kenaikan kepada mana-mana item yang boleh dikenakan cukai dan penalti.

Amaun boleh dimohon diskaun, kalau kena sakan. Budibicara LHDN katakan. 

Permohonan kepada LHDN perlu dibuat dalam masa 30 hari termasuk pembayaran setelah dimaklumkan nilai cukainya. Pembayaran lewat akan dikenakan penalti. Tetapi ada juga amalan lewat permohonan dibuat bagi elakkan penalti bayaran lewat tetapi masih kena penalti lewat permohonannya.

Nak cerita sebab ramai beranggapan peguam tahu jumlah cukai dikenakan dan jika dikenakan berlainan, maka peguam dimarahnya.

Secara amnya peguam boleh agak berdasarkan pengiraan asas tetapi jumlah muktamad hanya ditentukan oleh LHDN melalui maklumannya.

Artikel lain di:
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.twitter.com/hishamnazirco
www.wassap.my/60139307961
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►