Tuesday, September 19, 2017

SETINGGI TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA & JANGAN SEBAR GAMBAR BURUK.


Pihak kami merakamkan setinggi takziah kepada ahli keluarga pelajar tahfiz yg terlibat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Kg Datuk Keramat. 

Semoga Allah ampuni dosa mereka dan ditempatkan dikalangan para syuhada. InsyaAllah.

Sebarang bantuan akan dimulakan oleh rakan-rakan kita selepas kesemua urusan pihak berkuasa selesai ke atas kejadian tersebut.

Kami mendoakan kesabaran buat semua ahli keluarga dan berharap Pusat Tahfiz akan meneruskan perjuangannya selepas ini.

Pihak kami juga amat berharap pihak-pihak luar tidak menyebarkan gambar-gambar mangsa dalam keadaan yang tidak elok bagi menjaga sensitiviti serta kesedihan para ahli keluarga dan pihak tahfiz. 

#hishamnazir
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►