Tuesday, September 19, 2017

RAMAI MENGHUKUM NAMPAKNYA


Baru selesai kes juvana
Kanak-kanak bermasalah ramai
Kes rogol rompak tipu semua ada
Masih ramai kata budak tak bohongnya
Zaman dah berubah..
Tak semua tapi ramai.

Peristiwa kanak-kanak bakal huffaz
Amat menyayat hati
Sebagai bapa, saya merasai beratnya
Sakit dan sedih atas kehilangan
Sebutan sabar kepada mereka bukan semudah yg disangka.

Cuma ingin menyentuh sikit isu 
Semua orang mahu menghakimi
Ada kata isu keselamatan
Kelulusan tempat
Pihak tahfiz ambil mudah
Jumlah penempatan tidak seimbang
Macam-macam depa kata

Tapi pernah kita bantu
Atas nama perjuangan agama Islam
Atas nama kebajikan
Atas nama pendidikan
Setakat mana bantuan kita

Ramai di kalangan kita membantu
Sekali membantu canang beribu
Seolah derma RM100 tak jadi abu
Sekali derma kekal sebagai bantu

Bantulah dari mengata
Buat baik jangan bersangka-sangka
Saudara seIslam ada 17juta
Kalau derma RM100 sekepala
Sebulan dapat berapa.

Dengan peristiwa sebegitu rupa
Kita kekadang masih cari salah siapa
Kita lupa mungkin Allah menegur kita
 — at Hisham Nazir & Cronies

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►