Wednesday, September 13, 2017

APA TUGAS PEGUAM DALAM PROSIDING REMAN?


Secara ringkasnya prosiding reman adalah maksima selama 14 hari kecuali terdapat tangkapan semula atau dipanggil "roadshow" atau "tukar gari".

Antara banyak soalan-soalan yang dikemukakan, ini antaranya digarapkan dalam bentuk ringkas dan mudah. Antara tugasan peguambela adalah seperti berikut;

O HADIR BICARA PROSIDING REMAN
Peguambela hadir untuk membantah atau membantu majistret dalam membuat perintah reman yang lebih adil dalam memastikan saspek tidak ditahan secara salah dan berlebihan.

O MEMASTIKAN SIASATAN TELUS
Peguambela boleh memastikan siasatan pihak polis telus kepada saspek tanpa melibatkan apa jua tindakan prejudis kepada hak dan keadilan saspek.

O KERJASAMA KEPADA PIHAK POLIS
Peguambela menjadi perantaraan kepada saspek dan pihak luar dalam membantu pihak polis membuat siasatan bagi menyegerakan atau membekalkan maklumat dan apa jua bagi kepentingan saspek.

Itu antara isu am yang boleh dinyatakan. Antara soalan lazim ditanya pula;

O BOLEH JUMPA TAHANAN REMAN?
Tertakluk kepada budibicara Pegawai penyiasatan atau pegawainya. Biasanya lawatan tidak dibenarkan kepada keluarga tetapi dibenarkan kepada peguambela atas hak saspek kepada perwakilan guaman. Kebanyakan masa pihak polis memberikan kerjasama dengan memberikan lawatan terhad kepada keluarga melalui permintaan peguam atas dasar profesional kecuali melibatkan masalah keselamatan.

O PEGUAM BOLEH BUAT RAYUAN?
Peguambela boleh representasi melalui surat kepada pegawai siasatan atau pegawai atasannya bagi mengemukakan isu perundangan atau fakta bagi dibentangkan jika perlu bagi pertimbangan pihak pendakwaraya. Tertakluk kepada budibicara.

O SASPEK BOLEH DIJAMIN?
Boleh dijamin jika siasatan tidak selesai dalam masa 14 hari atau diberikan jaminan kerana tidak perlu untuk menahan lebih lama atas faktor keterangan yang ada atau tiada anggapan saspek akan lari (seperti kes kecil).

Jaminan biasanya adalah jaminan mulut (tanpa deposit wang). Kuasa beri jaminan adalah kuasa budibicara polis. Saspek perlu hadir pada tarikh yang dinyatakan dalam surat jaminan dan juga pada mana-mana masa yang dimaklumkan oleh polis.

Kalau ada info atau soalan tambahan, sila pm atau komen di bawah. Nanti kami edit.

Terima kasih.

#reman
#hakreman
#polis
#saspek
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►