Friday, April 7, 2017

TEMPOH REMAN & ROAD SHOW


- "berapa lama polis boleh tahan (reman) suami saya"

Menurut peruntukan perundangan, tahanan reman terhad kepada 14 hari sebagai tempoh maksima. Pusing atas dan bawah, tiada penahanan boleh melebihi tempoh berkenaan dari sudut perundangan.


Tetapi ada juga penahanan lebih tempoh berkenaan yang disebut sebagai "road show". Apabila penahanan reman habis di balai A, saspek akan ditahan reman di balai B.

Secara teknikalnya, Saspek dilepaskan atau dijamin sementara untuk tangkapan sebelumnya dan ditahan reman baru bagi tangkapan kes baru dan di balai lain.Maka tempoh 14 hari bermula semula.

Praktikal dan teknikalitinya, polis berhak berbuat sedemikian kerana asas penangkapan adalah berbeza. Tetapi sebarang bantahan kepada majistret boleh dibuat dan majistret mempunyai budibicara untuk membebaskan saspek dari tahanan reman jika dilihat adil berbuat sedemikian atau polis menyalahgunakan kuasa dan peluang di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah tersebut.

Sekiranya pendakwaan ingin dibuat, maka pendakwaan akan dibuat dalam masa 14 hari berkenaan di Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa terhadapnya. Jika tidak, satu jaminan sementara boleh diberikan samada bersyarat atau sebaliknya.

Simple & easy. Mudah faham. Mudah hadam!

GAMBAR HIASAN SAHAJA

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►