Friday, April 7, 2017

POLIGAMI & PESAKA


- "Boleh saya tidak berikan bahagian anak isteri sana?"

Tahun 2016 saya ditanya 2 kali mengenai isu pesaka dalam Islam melibatkan pasangan poligami. Biasa melibatkan isu membahagikan pusaka tanpa ingin melibatkan isteri lain dan anak-anak mereka.


Saya kata ringkas "kalau diikutkan sistem Torren, siapa namanya di harta berkenaan, itu dia punya.

Tetapi perundangan syariah ada juga menggariskan termasuk pemakaian pembahagian pusaka kecil dan melalui Mahkamah. Jika pembahagian ini dibuat secara tidak adil, maka bantahan dan pembelaan boleh dibuat kepada prosiding berkenaan.

Tetapi apa yang patut kita insafkan, ramai sanggup tidak melawan jika ketidakadilan berlaku. Tidak semestinya berlaku kepada keluarga isteri kedua, ketiga atau keempat. Tetapi kekadang isteri pertama turut menjadi mangsa.

Mereka membiarkan ketidakadilan pembahagian pusaka kerana ingin melepaskan apa-apa jua pertikaian dan pemusuhan berpanjangan. Sedangkan mereka berhak.

Maka ada pihak mengambil dan makan bahagian secara tidak sah dan halal.

Terakhir nasihat buat rakan saya, saya ingatkan bahawa ketentuan Allah dalam soal pembahagian pusaka adalah cantik dan lengkap. Diberikan kelebihan pada hubungan darah. Siapa pun mereka, hubungan itu menjadikan mereka terbeban dengan tanggungjawab sosial ke atas yang lain. Dosa dan pahala menjadi sandaran.

Maka jangan tarik hak mereka. Jangan diganggu haknya. Disebalik individu, ada hak wanita-wanita yang amat diambil berat oleh Allah SWT.

Disebalik individu, ada anak-anak yatim yang akan membesar untuk dibebankan tanggungjawab. Bersikap adil lebih baik. Harta menggunung tidak pernah menjanjikan manusia lebih dihormati.

Saya nukilkan secara ringkas kerana mengingatkan rakan saya. Agar juga menjadi ingatan kepada saya bahawa para wali harus memainkan peranan dalam menjaga kebajikan keluarga mereka. Andai mereka gagal, jangan bertanya tentang tanggungjawab dan silaturahim di kemudian hari.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►