Ditegur seseorang yang mengenal saya tetapi saya tidak kenalinya. Ditanya tentang firma guaman. Katanya dia tidak kemana sebagai peguam. Tidak berjaya untuk jadi lebih baik dengan firma sendiri.
Saya pun bukan firma besar. Cukup makan dan bukan ada wang besar mahupun klien besar. Tetapi kalau kita bersyukur dan redha setakat mana ada biarpun sedikit, InsyaAllah cukup!
Katanya apa yang dirancang tidak menjadi. Apa yang diharap tidak sebagaimana yang datang.
Saya up-kan status ini sebagai pesan sebagai ingatan untuk diri sendiri dan kepadanya.
"Kalau yang ditawar tidak tidak diterima, jika yang didoa nampak tidak dimakbul, jika yang diminta tidak berjaya, ingat satu benda. Perkara yang lebih baik is on the way"
Jadi jangan sedih tetapi terus jadikan target anda bukan remeh. Target yang baik-baik dan tinggi standardnya. Jangan fikir yang elok di depan mata, tapi apa yang elok 20 tahun mendatang.
Wallahua'llam.
LIKE & SHARE
Hisham Nazir & Co
Subang Jaya | Sg Petani
+6013-9307961
Lawati www.hishamnazir.com atauwww.hishamnazir.net
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..