Friday, April 7, 2017

PEGUAM KHUSUS UNTUK SYARIKAT LEBIH MAJU BERKEMBANG & DIYAKINI KLIEN?





"There are two professionals every business will need early on: an accountant and a lawyer. The reasons for hiring an accountant are pretty obvious--you need someone to help you set up your "chart of accounts," review your numbers periodically, and prepare all of your necessary federal, state and local tax returns. The reason for hiring a business attorney may not, however, be so apparent. A good business attorney will provide vital assistance in almost every aspect of your business, from basic zoning compliance and copyright and trademark advice to formal business incorporation and lawsuits and liability"
Betul, setiap syarikat yang ingin terus maju perlu ada 2 perkara iaitu akauntan dan peguam. Banyak firma guaman melakukan sedemikian.
Saya sendiri menjaga beberapa syarikat bagi hal ehwal perundangan, kontrak, sumber manusia dan perkara-perkara melibatkan nasihat perundangan.
Malah ada syarikat melabur membayar profesional bagi menjaga hal ehwal profesional seperti guaman dan dalam masa yang sama ditanyakan kenapa perlunya peguam sedangkan tidak banyak perkara boleh dilakukan kerana kontrak yang tetap dan tiada bargaining power dan sumber manusia yang komplek dan melibatkan perundangan antara bangsa. Tahu apa jawabnya?
"syarikat letak nama firma peguam sebagai rujukan dalam kontrak dan perjalanan perniagaan kami menambahkan keyakinan pelanggan yang kami syarikat yang kukuh dan serius."
Saya nampak logiknya sebab dalam syarikatnya pun dah ada in house lawyer.
Tapi masalah peguam satu sahaja. Banyak syarikat berkompromi dalam penetapan fee. Sebab utama mereka nampak modal air liur sahaja.
Mereka tidak nampak knowledge bertahun, skill yang tiada pada yang lain. Branding firma guaman dan peguam yang dibina cukup lama antara pengamal perundangan, kehakiman, korporat, masyarakat dan "criminal".
Tetapi syarikat di Malaysia dah semakin matang dalam menilai. Jika sebaliknya, macam biasa saya terpaksa memilih untuk menolak. Kami pun manusia. Kenapa nak buat kerja lebih untuk sesuatu yang tidak berbaloi daripada apa yang sepatutnya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►