Friday, April 7, 2017

REPRESENTASI KEPADA PENDAKWAAN


"Apa maksud representasi?"

Representasi adalah satu surat yang dirujuk kepada pendakwaan negeri atau pusat bagi melampirkan fakta dan faktor kenapa pertuduhan yang dikenakan patut divariasikan kepada pertuduhan yang lebih ringan atau dilepaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Ia akan menjadi titik tolak kepada pendakwaan bagi menilai kes mereka setelah mendapat pandangan peguam pembelaan dan menimbangkan samada cadangan peguambela patut diberikan perhatian dan keputusan kepada cadangan berkenaan.

Representasi akan dikuatkan dengan faktor peribadi, perundangan, kes-kes terdahulu (bukan direct disebut) dan juga faktor pertuduhan yang mungkin cacat atau di luar kemampuan untuk mencapai prima facie. Bergantung kepada kebijaksanaan peguambela.

Sekiranya pertuduhan dibatalkan atau ditarik balik, maka OKT akan dibebaskan sepenuhnya atau dengan "bebas tanpa dilepaskan".

Sekiranya pertuduhan dipinda kepada pertuduhan yang lebih ringan, tidak menjadi kemestian kepada satu pengakuan salah kepada pertuduhan berkenaan. Tetapi OKT boleh dituduh dan diteruskan dengan bicara ke atas pertuduhan yang lebih ringan berkenaan.

Sekiranya pindaan pertuduhan tertakluk kepada pengakuan salah adalah menjadi syarat utama, ia bukan satu pindaan kepada pertuduhan atas representasi berkenaan tetapi lebih kepada mengemukakan pertuduhan pilihan yang mana ia akan tergolong kepada plea bargaining kemudiannya.

Bincang lain kali pulok pasal plea bargaining..

NOTA: Jam rosak tali. Jam tak tukar, talinya dah masuk 4 kali tukar. Di mana silapnya. Tangan ke musclenya.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►