Friday, April 7, 2017

LOCUS INQUO - LAWATAN TEMPAT KEJADIAN


Dalam perbicaraan jenayah, mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah bagi satu lawatan ke tempat kejadian dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai tempat, suasana dan mana-mana isu berbangkit.


Dalam permohonan ini, ia perlu dilihat sebagai amat perlu bagi memastikan pihak-pihak faham kepada isu yang berbangkit walaupun ada pihak yang sedia memahami.

Yang paling penting, gambaran jelas perlu ada dalam minda Mahkamah bagi mengelakkan ketidakadilan kepada Orang Kena Tuduh (OKT) ataupun salah faham kepada keterangan dan eskhibit.

Semasa lawatan semua pihak Pendakwaan, Pembelaan dan Mahkamah perlu hadir semasa lawatan.

Jika melibatkan keterangan saksi tertentu, maka saksi tersebut perlu hadir bersama dan menerangkan isu-isu berbangkit oleh semua pihak.

Jika lawatan am iaitu kepada isu umum terhadap keterangan sedia ada, pegawai penyiasat adalah perlu hadir bersama.

Sekadar perkongsian mudah-mudah.

#hishamnazir
#criminallawyer
#peguamjenayah
#peguambela
#subangjaya
 — watching Penguins of Madagascar at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►