Selagi ada #tawaran atau #permintaan, rasuah sukar untuk dihapuskan. Baik rasuah kecil atau besar.
Untuk senang dan mudahkan sesuatu, tidak senestinya memerlukan rasuah. Tetapi jika ia dibudayakan, maka urusan akan sukar dan pilih kasih berlaku seterusnya #keadilan dalam pelbagai urusan akan dinafikan kerana rasuah.
Ia bermula daripada kita. Henti membuka peluang kepada rasuah. Mungkin ada yang sinis, tidak suka dan sukar dlm keadaan biasa tetapi tanpa rasuah tidak akan menghalang urusan anda dan kejayaan. Selagi mana peluang dibuka, kerosakan dan ketidakadilan akan terus berlaku.
Dalam trap rasuah, byk pengadu mengambil peluang untuk aniaya pihak yg lain. Bukan sekadar kepentingan dan kesedaran semata tetapi mereka sudah jemu, tidak setuju atas byk perkara. Apa yg penting, kita mesti busy body ubtuk ke arah budaya yg lebih baik.
Islam juga jelas, penerima dan pemberi rasuah adalah penempah tiket neraka.
Pembelaan #rasuah juga sukar dengan anggapan perundangan yg ada di dalam peruntukan undang-undang. Kebiasaanya pembelaan rasuah lebih kpd fakta yg menjurus kpd teknikaliti.
Henti minta dan beri rasuah.
Lapor rasuah.
Darah daging dari hasil rasuah tempatnya di#neraka.
Nota: Gambar Hiasan sahaja
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..