Alhamdulillah disebelah pagi, #Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh bicara untuk satu permohonan#sivil bagi perintah deklarasi dan beberapa permohonan sampingan termasuk kos.
Sebelah petang pula selesai soal balas saksi utama / mangsa kes #rogol. Banyak term perundangan tidak boleh disebut baik. Banyak juga perkataan berkaitan #seksual tidak dapat diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Kalau disebut dalam bahasa Inggeris, tak berapa rasa lucahnya. Bila Bahasa Malaysia, #lucah nya melampau dan naik malu pulak..
Kerja terpaksa la. Den sebut macam biasa takdo apa-apa berlaku. Selebihnya buat bodoh je.
Masuk tahun kedua dah baru selesai #saksipertama. Nak buat macamana. Kena lalu semuanya.
Balik-balik hampir maghrib ada lagi masalah menunggu di pejabat. Beberapa perkara patut diselesaikan sebelum tengah malam.
Siapa kata kerja #peguam senang.
Kalau anda nak jadi peguam kerana kata ini kerjaya senang, fikir banyak-banyak.
Sekarang #lawyer kena bunuh pun ramai
Lawyer jadi jahat lepas duit pun ramai
Lawyer jadi gila pun ada..
Masih berani?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..