Thursday, April 6, 2017

KEKURANGAN PEGUAM MUDA DALAM BIDANG LITIGASI JENAYAH

Saya kurang bersetuju atas pandangan bekas Ketua hakim Negara kerana saya melihat ramai juga muka baru ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah persekutuan.
Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan patut dibanggakan. Tetapi mungkin di hanya di ata saya atau pihak Kehakiman turut menilai kehadiran dengan kekurangan kualiti dalam soal kerja.
Namun, selaku peguambela yang biasanya melaksanakan perbicaraan jenayah, saya melihat kebanyakan peguam lantikan mahkamah bagi kes melibatkan hukuman mati juga kebanyakan peguam baru samada peguam muda ataupun peguam yang tidak banyak melakukan bicara jenayah sekarang ini berminat untuk melakukan litigasi jenayah.
Lantikan mahkamah kepada mereka membuktikan secara tidak langsung kepercayaan kepada peguam baru atau muda. Nasib baiklah saya pun ada banyak kes sendiri, kalau tidak takde job lah sebab banyak muka baru. (haha)
Kedua, saya mungkin bersetuju juga pandangan Bekas Ketua Hakim kerana tidak ramai peguam muda mengambil tugasan peguambela bagi jenayah secara aktif dan kes melibatkan hukuman mati tetapi banyak kepada kes kecil dan jenis "tunggu mahkamah" yang dilihat lebih senang dapat duit dan kerja yang lebih ringkas dan mudah.
Kalau ramai peguam fikirkan duit sebagai isu pertama, peguam pun dilanda masalah moral dan tidak lebih selaku agen sahaja.
Namun saya percaya, masih ramai peguam baru yang ada budaya kerja dan skill yang baik dalam melaksanakan tugas dengan baik. Semoga mereka ini diberikan peluang untuk berjaya!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►