Afidavit adalah salah satu kertas kausa yang melibatkan proses dokumentasi di Mahkamah. Afidavit adalah pernyataan. Samada ia digunakan untuk menjawab pernyataan pihak lain, menambah fakta, membalas mana-mana pernyataan serta menyokong mana-mana permohonan yang difailkan bersama.
Afidavit juga boleh digunakan bagi satu pernyataan menentusahkan fakta dan pernyataan di dalam mana-mana Petisyen, Notis, Pernyataan Fakta atau sebagainya.
Afidavit adalah bersifat peribadi dan dikira pernyataan peribadi oleh deponennya. Ia mesti ditandatangani oleh Deponen di hadapan pesuruhjaya sumpah. Tidak dinafikan bahawa ramai secara praktikal dibuat secara eskrow di hadapan peguamcara.
Satu kes lama membenarkannya. (lupa kesnya)
Keesahan Afidavit adalah selepas ia ditandatangai Deponen dan dicop pesuruhjaya sumpah. Maka ia boleh dibekalkan dan diserahkan terlebih dahulu kepada pihak yang lain. Maka ia boleh digunakan selepas penerimaannya.
TETAPI bagi proses Mahkamah ia sah selepas difailkan dan hanya diterima sebagai kertas kausa jika difailkan di mahkamah berkaitan sebagaimana headingnya.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..