PERLUKAH KITA KEPADA BANYAK PERUNDANGAN LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH & KESELAMATAN
"3 pengikut Kesultanan Sulu ditahan 22 Julai, dikenakan tahanan Seksyen 19A Akta Pencegahan Jenayah 1959 bermula semalam hingga 2 tahun: KPN"
Biarpun ada beza bagi setiap perundangan termasuk peruntukan, prosedur dan perlaksanaan, rasanya masih banyak statut yang membenarkan penahanan tanpa bicara atau langkah pencegahan khas sebagaimana ISA dan perundangan yang setara.
Sekiranya ada pandangan mengatakan tanpa ISA, Malaysia akan ketinggalan dalam bab pencegahan keselamatan, saya tidak bersetuju.
Apa pun isunya, masyarakat perundangan melihat dari perspektif perlaksanaan yang membolehkan kebarangkaliannya lebih bersifat politik berbanding keselamatan amnya terutama daripada pandangan dan kepercayaan rakyat pada perundangan itu.
Sudah masanya Malaysia mempunyai perundangan telus dan bebas dari bayangan politik baik pembangkang dan kerajaan dari kaca mata rakyat. Mungkin ada badan tertentu perlu meneliti perjalanan perlaksanaan perundangan tertentu bagi mengelakkan salah guna kuasa politik atau salah tanggap masyarakat kepada kuasa perlaksanaanya. Sedikit salah tanggap dan mainan isu politik, apa pun perundangan tidak akan memberikan impak yang baik.
Apa pun langkah, tetap akan ada kritikan. Yang penting kita berganjak ke arah lebih baik. Semoga Allah permudahkan!
— at Hisham Nazir & Co."3 pengikut Kesultanan Sulu ditahan 22 Julai, dikenakan tahanan Seksyen 19A Akta Pencegahan Jenayah 1959 bermula semalam hingga 2 tahun: KPN"
Biarpun ada beza bagi setiap perundangan termasuk peruntukan, prosedur dan perlaksanaan, rasanya masih banyak statut yang membenarkan penahanan tanpa bicara atau langkah pencegahan khas sebagaimana ISA dan perundangan yang setara.
Sekiranya ada pandangan mengatakan tanpa ISA, Malaysia akan ketinggalan dalam bab pencegahan keselamatan, saya tidak bersetuju.
Apa pun isunya, masyarakat perundangan melihat dari perspektif perlaksanaan yang membolehkan kebarangkaliannya lebih bersifat politik berbanding keselamatan amnya terutama daripada pandangan dan kepercayaan rakyat pada perundangan itu.
Sudah masanya Malaysia mempunyai perundangan telus dan bebas dari bayangan politik baik pembangkang dan kerajaan dari kaca mata rakyat. Mungkin ada badan tertentu perlu meneliti perjalanan perlaksanaan perundangan tertentu bagi mengelakkan salah guna kuasa politik atau salah tanggap masyarakat kepada kuasa perlaksanaanya. Sedikit salah tanggap dan mainan isu politik, apa pun perundangan tidak akan memberikan impak yang baik.
Apa pun langkah, tetap akan ada kritikan. Yang penting kita berganjak ke arah lebih baik. Semoga Allah permudahkan!
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..