Friday, November 21, 2014

MASALAH TANAH PUSAKA



MASALAH TANAH PUSAKA

Membeli atau memiliki bidang tanah pusaka
Akan memberi banyak masalah biasanya
Antaranya tanah pertanian yang dijadikan tempat kediaman
Rumah- rumah dibangunkan tanpa perancangan teliti
Pemilikan mengikut bahagian yang tidak sama
Menyusahkan pembahagian sempadan di bawah seksyen 140/141A/136 Kanun Tanah Negara

Apabila kematian berganda berlaku
Pewarisan akan memberikan bahagian lebih kecil
Pemunyaan lebih ramai dalam satu geran
Masalah pecah sempadan
Masalah jualan dan belian
Masalah bermasam muka dalam keluarga
Masalah berparang untuk mengambil bahagian tanah
Masalah mengambil untung atas bahagian orang

Masalah boleh diselesaikan antara lain
Hubungan baik dan tolak ansur dalam keluarga
Wasiat khusus
Melalui Mahkamah
Melalui pejabat tanah

Kalau nak bergaduh pasal tanah besar dan tanah pusaka
Ingat juga tanah kecil yang diberikan percuma kepada anda kelak!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►