KLIK GAMBAR
Lama sungguh tidak bertolak awal ke Mahkamah. Ke Melaka, Uichi boleh bertolak seawal jam 7.00 pagi. Kekadang pukul 8.00 pagi pun masih sempat lagi. Begitu juga ke Muar dan Ipoh. Cuma ke Kuala Lumpur memerlukan lagi awal. Kebanyakannya sebelum jam 7.00 pagi.
Semalam dapat panggilan kecemasan apabila seorang isteri menelefon bersama rakannya mengatakan suaminya ditahan reman di Batu Pahat. Lebih 500km daripada rumahnya.
Beliau meminta tolong agar menyelesaikan masalah perundangan suaminya yang tidak diketahui puncanya. Dengan beberapa panggilan kepada Ibupejabat Polis (IPD) terlibat dan kepada pegawai penyiasatnya, mereka setuju untuk mendakwa anakguam pada keesokannya bagi membolehkan beliau dijamin dan pulang untuk menguruskan keluarga dan kerjanya.
2 rakannya terbang ke negeri Johor sebagai penjamin manakala Uichi terpaksa berada di sana jam 9.00 pagi keesokannya. Semuanya dilakukan dalam masa kurang 10 jam.
Urusan kes di Shah Alam terpaksa dilakukan oleh beberapa rakan dan peguam lawan. Sementara saya ke Batu Pahat menyelesaikannya. Ingatkan sempat menyinggah di rumah sahabat dan keluarga angkat, panggilan diterima untuk mesyuarat bagi kes lain.
Kekadang terfikir kenapa perlu last minute untuk call dan berbincang soal perundangan pada saat akhir setiap kali. Ini memberikan kesan buruk kepada reputasi peguam apabila terpaksa memohon penangguhan dan ketidakfahaman mengenai kes atau statusnya.
Tapi itu rutin hidup kami.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..