Tuesday, September 9, 2014

Criminal Lawyer Pesan "Allah lebih tahu apa yang terbaik Untuk kita"


ALLAH TAHU YANG TERBAIK UNTUK KITA
 
Pagi ini pintu terkunci
Pejabat gagal dimasukki
Musibah dipagi hari
Bau peluh mengganti wangi
Caj RM150 oleh tukang kunci
Hati meronta tak puas hati
Akal tenangkan, katanya ada rezeki
Semuanya Allah beri
Tunggu apa baiknya Allah nak bagi lagi

Allah jua tahu apa yang baik untuk hambanya ini
Duka musibah diganti rezeki
Diturun Allah rezeki berganda 3 kali
Tak disangka dan tak dinanti-nanti
Allah jua bagi rezeki

Hambar hati tak puas lagi
Allah ganti dengan silaturrahim
Jumpa ustaz pensyarah menyejuk hati
Akak secretary pun mesra sekali
13 tahun tidak bersua diri
Jiwa berbunga sukanya hati
Ada nilai tidak boleh dibayar beli

Bersangka baik pada Allah!

Tambahan :
Satu ayat biasa guru saya guna pada saya:
"Akan datang satu masa (mahsyar) yang mana hari tersebut tiada lagi berguna anak-anak dan harta- harta mu kecuali (mereka datang) dengan hati yang lembut"

Baru 2-3 tahun ini saya tahu yg ayat petikan org tua itu adalah ayat Quran. Hebat orang tua dulu..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►