Monday, September 1, 2014

"Merdeka Saya"

https://www.facebook.com/pages/Hisham-Nazir-Co/150937861626574


MERDEKA SAYA

Saya tak pernah seperit
Sebagaimana arwah datuk ceritakan
"Aku wak lolok mati takut jepun katok"

Saya tak pernah sesusah makan
Sebagaimana arwah tok sah ceritakan
"Makan takdok, ambik keli sepat baruh tu!"

Saya tak pernah kurang dalam berkenderaan
Sebagaimana arwah Cik Mat 'kaki ayam' kata
"Duit ado, beli basikal ko anok-anak, ayoh kaki yae pun takpo"

Saya tak pernah kurang pendidikan
Sebagaimana keluh arwah Tok Wan 'Cagot'
"Mu ada peluang belajar la. Masa tokwe susah. Ngaji pondok payoh. Nak tolong ore tuo. Tengok ayoh mu la, tak pernah jumpo serajin dio. Tolong abe ya. Tapi selagi dia boleh belo, mu ngaji"

Namun dalam serba kelebihan
Kita masih merungut akan kekurangan
Mungkin kita mendongak
Maka kita melihat yang banyak banding kita
Apa salahnya melihat ke bawah
Rupanya kita masih boleh memberi
Kerana masih ramai meminta di bawah.


https://www.facebook.com/pages/Hisham-Nazir-Co/150937861626574


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►