Friday, September 12, 2014

DOA ORANG ASING- MUSTAJAB DAN MURAH TAPI TIDAK BOLEH DIBELI

https://www.facebook.com/pages/Hisham-Nazir-Co/150937861626574


DOA ORANG ASING- MUSTAJAB DAN MURAH
TAPI TIDAK BOLEH DIBELI

Apa yang berharga buat anda
Ferarri, Porshe, Proton, Toyota Honda
Mahalnya masih boleh dibincang harga
Tak cukup tunai, hutang boleh diguna

Apa yang berharga buat anda
Isteri anak awek dan bini muda
Sampai masa akan lesap dimata
Yang hilang boleh berganti juga

Apa yang berharga buat kita
Sudah tentu mahunya murah dan berharga
Kalau ada wang, semua boleh diniaga
Tapi pesan guru, ada murah tapi tidak dijual

Doa mustajab orang asing
Senang diberikan tapi jarang diminta
Apa salah meminta dua tiga keping
Berkat orang asing pada doa

Dengan layanan baik dan mesra
Orang mungkin berhutang budi
Sedikit dibalas doa
Kelebihannya mungkin sebanyak isi bumi

Dengan sedikit sedekah dan sumbangan
Mungkin orang yang menerima tersentuh hatinya
Lalu dibalaskan doa tidak terhalang
Mungkin keberkatan kita hari ini kerananya..

Nota: Urusan saya di Mahkamah berjalan baik dengan layanan mesra seorang pegawai dan sabar melayani permasalahan yang timbul. Semoga Allah memberkati hidupnya.


https://www.facebook.com/pages/Hisham-Nazir-Co/150937861626574

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►