Tuesday, February 4, 2014

Dihukum selepas miliki 20 rekod jenayah

KOTA BHARU – Selepas memiliki 20 rekod pelbagai jenayah, seorang penganggur dihukum lagi apabila Mahkamah Majistret di sini, semalam mengenakan denda RM9,000 dan penjara setahun kerana memiliki motosikal curi, golok serta gagal menunjukkan kad pengenalan.
ADNAN SASIKIN
ADNAN SASIKIN
Hukuman diputuskan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap Adnan Sasikin, 40, dari Kampung Pantai Senok, Tawang, Bachok.
Tertuduh didakwa pada tuduhan pertama gagal mengemukakan kad pengenalan di Jalan Dato Lundang di sini, 13 Mei lalu. Bagi tuduhan itu, dia didenda RM2,000 atau enam bulan penjara.
Pada tuduhan kedua, tertuduh dikenakan hukuman sama dan turut dihukum penjara setahun serta denda RM5,000 atau 12 bulan penjara kerana memiliki motosikal curi milik Abdul Razak Meli pada jam 6.20 petang di hadapan kedai makan Jalan Dato Lundang, 13 Mei lalu.
Pada prosiding semalam, Nik Habri menasihatkan tertuduh supaya mengambil pengajaran terhadap hukuman yang dijalaninya.
“Rekod yang lalu memang tidak boleh ‘padam’. Tetapi, yang lebih penting ialah masa depan dan tinggalkan masa lalu serta berubahlah kamu,” katanya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►