Yang ini memang tiada orang selera nak memandang.
Wahai rakan-rakan Uichi Gaban, mungkin ada yang akan kata "naluri wanita tersangkar di dalam fizikal lelaki" mahupun sebagainya bagi justifikasikan tindakan anda meniru sebagai perempuan sedangkan anda lelaki atau sebaliknya.
Uichi Gaban nak hujahkan sebagai peringatan bahawa kejadian Allah SWT yang terbaik. Mungkin ada pada adatnya kejadian Allah SWT dilihat kurang keupayaan atau mempunyai kecacatan tetapi sebenarnya tidak. Dijadikan dalam keadaan sempurna dan carilah kelebihan dan kesempurnaan kita dalam membandingkan kejadian lain mereka yang lain.
Ingat dan renung mungkin ada satu saat dan masa kita terleka dan terjebak kepada gejala menjadikan kamu sebagai insan yang dilaknati oleh Allah SWT dan juga RasulNya. Sebagaimana disebut dan diamarankan dalam satu hadis Rasullullah SAW yang antara lain bermaksud;
"Laknat oleh Allah SWT dan RasulNya ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Kata Ustaz laknat ini orang yang tidak akan mendapat syafaat. Bila dilaknat tiada tempat melainkan neraka. Nauzubillah min zaalik. Tetapi dalam masa yang sama Allah SWT Maha Pemurah dan Pengasihani serta Maha Pengampun dalam menerima taubat dan keampunan bagi hambaNya. Dalam Surah Az Zumar difirmakan antara lain;
"Wahai orang yang melampau, jangan berputus asa dengan mencari rahmat Allah SWT. Sesungguh Allah SWT jua Maha Pengampun ke atas dosa-dosa yang banyak"
Wahai rakan, ingatlah bahawa bila kamu mati, kamu akan dikapankan dalam mana kebiasaan atas jantina kamu. Ada dibezakan kapan lelaki dan wanita. Ada bezanya antara sembahyang jenazah lelaki dan wanita. Banyak bezanya dan ia akan kembali kepada jantina asalmu. Jadi apalah yang nak banggakan dengan lagak mu sebagai jantina bertentangan di dunia sedangkan kamu kembali ke tanah sebagaimana jantina asalmu. Hal yang sama bila dibangkitkan kelak.
Malah fekah dan syariat yang termaktub ke atas kamu tetap tidak berubah sebagaimana jantina kamu sehingga kamu mati.
Kamu boleh mati kelak, tetapi ada satu akan tinggal di dunia. Mungkin bertahan lama, mungkin tidak. Ia disebut Asar ataupun dalam bahasa mudah faham ialah perlakuan hidupmu yang akan diperkatakan orang.
Adakah kamu mahu diingati sebagai seorang yang berdosa?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..