Dalam mahkamah, kekadang kami juga membuat lawak dan Uichi Gaban tidak terkecuali. Tetapi Uichi Gaban nak turunkan satu pelajaran khas buat peguambela muda di luar sana. Bagaimana lawak yang keluar daripada orang macam Uichi Gaban bukan sesaja nak melawak dalam Mahkamah.
Antara ilmu dan pelajaran berharga Uichi Gaban dengan peguambela tersohor ialah lawak. Katanya with a stone, thousand bird in your hand. Katanya lagi kalau nak control situasi, kita kena tahu setakat mana kekuatan lawan. Dengan lawak yang diajar dan diperlihatkan, Uichi Gaban diajar bagaimana untuk mengendalikan situasi dan mengenalpasti cara pihak lain seperti Hakim dan Pendakwaraya bekerja.
Dalam masa yang sama, kebijaksanaan dalam mengawal situasi memberikan hormat pihak lain kepada kita. Pendek cerita, pelajaran pertama harus ditekankan; fail perlu dibaca dari kulit ke kulit.
"Setuju tak kalau saya katakan baju HIJAU yang awak rampas tu warnanya BIRU" cadang peguambela kepada pegawai tangkapan.
"kalau dah HIJAU kenapa pulak warna BIRU" jawab saksi selamba sambil gelakkan peguambela.
Jurubahasa menahan gelak. Pendakwaan turut gelakkan soalan peguambela. Galeri awam turut kedengaran ketawa kecil. Hakim hanya memandang serius dan beberapa kali memandang saksi sambil menunggu jawapan kepada soalan peguambela.
Si peguambela hanya tersenyum kepada hakim seolah-olah silap mengatur ayat. Peguambela memandang ke arah Uichi Gaban dan bertanya;
Tell me about this Judge!
[Jawapan Uichi Gaban] Dia amat alert dan baca fail sebelum naik. Dia amat teliti dan sedang mengagak hujahan kes awak
Tell me about the witness!
[Jawapan Uichi Gaban] Dia dah well-prepared langkah dan versi untuk sabitan dan tidak bersedia secara satu persatu tentang apa yang berlaku atau apa yang sebenarnya berlaku.
How about DPP?
[Jawapan Uichi Gaban] Dia tak baca fail sepenuhnya.
"Good!" kata peguambela.
1 komen:
soalan cadangan adala berdasarkan kpd ekshibit saksi.- Uichi Gaban
Dah baca sila bagi sepatah kata..