Wednesday, June 20, 2012

106-Hati-Hati Dengan Penjual Bengal Mudah.My

Kami dapat tahu beberapa peringatan daripada rakan kami mengenai beberapa pengalaman masing-masing dan cerita orang mengenai penjual kucing di www.mudah.my. Nak cari better SINI haha..

Antaranya begini -

"hati-hati kalau nak membeli Bengal dan F1 atau ALC di Mudah, sebab banyak yg masukkan duit tapi kucingnya tak sampai. Ada yang janji hantar sendiri, ada yang dengan bas. Penjual tu masih di Mudah.my. Kejap dari Kelantan, kejap dari Kuantan, Kejap dari Johor. Buat rugi je. Jangan main bank in duit anda"


Benda pun salah, better jangan cari penyakit. Apa pun nak beli di Mudah, pastikan penjual agak dipercayai dan ada tahu sedikit latar belakang perniagaan dan nama baiknya.

"Ada yang buat mating bengal di Kelana Jaya. Pelbagai nama dan nombor telefon digunakan. Ada juga dikatakan area Kota Damansara. Bila nak ambil bengal mating pun dia cuba buat lari. Alasan pelbagai tapi bila berjaya masuk rumah, orangnya ada di dalam sedangkan teman wanitanya kata keluar. Jualan kucing bengal dia pun sama. Jangan percaya sangat, bimbang ada masalah kesihatan dan hakmilik pada bengal tu. Management rumah sewa lama dia kata memang dia banyak masalah  terutama bab orang cari dia bab kucing. Hati-hatilah sebab dia masih di Mudah.My dan telah pakai nombor telefon baru dan nama baru setelah lama 'bercuti'"


Sekadar peringatan dan perkongsian bersama. Tiada nama dibekalkan kerana kami tak mahu ambil tahu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►