Sunday, April 8, 2012

Mee Calong Beserah - Glamer Rupanya!


Kebetulan ada hal perlu diselesaikan di Kuantan, Uichi Gaban bangun seawal 4 pagi untuk bertolak ke sana. Dalam urusan di sana, sempat singgah di Beserah memandangkan ada 2 adik tinggal di sana. Ekoran belum makan semenjak dari pagi, Uichi Gaban sekeluarga bantai nasi campur. 

Dicadangkan Mee Calong. Tidak pernah dengar pula apa itu Mee Calong. Sempat pesan semangkuk Mee Calong special. Makan sikit sangat sebab kekenyangan dek nasi campur.

Dari tutur di sana, Mee Calong amat tersohor di daerah Beserah, Kuantan. Ramai dari mana jua akan hadir ke Beserah untuk menikmati Mee Calong selain produk makanan laut yang lain.

Balik ke Kuala Lumpur, baru terngiang perkataan Calong dan cubaan google perkataan itu membuatkan selera ini terliur untuk ke sana untuk merasainya atas sebab melihat fakta katakan ia sedap.

Kita akan sampai lagi.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►