Tuesday, April 24, 2012

"Dia Paksa Saya Hisap Kemaluan Dia" - Habislah Awak Si Lelaki


Kes seksual satu kes mahupun pertuduhan yang amat serius tetapi hampir kebanyakan pertuduhan setakat ini adalah convicted. Walaupun susah untuk dibuktikan kes seksual, tetapi trend banyak memihak kepada pendakwaan kecuali ada keadaan yang memberikan impak besar kepada kes pendakwaan dan memihak kepada pembelaan. Rasanya tidak adil kalau pro berdasarkan pada keterangan lisan semata.

Siapa pun boleh kata anda telah merogol dia. "Dia telah rogol saya". Mungkin ada wanita yang marah atau mahu perangkap anda menuduh sedemikian. Setakat ini, pembelaan terbaik adalah ALIBI dan TIADA KOYAKAN. 

Tetapi kalau wanita belum berkahwin tetapi pernah melakukan seks luar perkahwinan sekalipun dengan pihak lain, tetiba anda dituduh atau diperangkap merogolnya, macamana agaknya. Koyakan memang sudah ada. Pendakwaan buktikan ada koyakan walaupun semua pemeriksaan koyakan adalah koyakan lama melebihi 72 jam, pihak Mahkamah tetap mengambilkira sebagai adanya prima facie kemasukkan seolah beban pembuktian kemasukkan di bahu OKT untuk membuktikan sebaliknya. Jenuhlah kan.. kasihan tetapi itu adalah sistem semasa yang Uichi Gaban faham melalui perjalanan harian.

Hari ini seorang OKT warga emas dihukum penjara 12 tahun bagi kes memaksa seorang kanak-kanak menghisap kemaluannya. Beberapa individu ingatkan bersama pandangan Uichi Gaban, OKT akan dilepaskan dan dibebaskan. Seorang individu tanya balik kat Uichi Gaban;

Boleh ke mahkamah pilih-pilih yang ni boleh dan ini tak boleh. 

Bukan untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah tetapi berdasarkan pandangan peguam lebih senior daripada Uichi Gaban, "your case will be no.1 in Malaysia, fight and put your name in Journal again as before"

"Macamana kalau budak tu kata nampak batang besar, keras rasa masuk dan bila dikeluar ada darah keluar dari kemaluan pastu kata paksa hisap pulak. Pastu kemudian kata hari2 hisap tapi tak ingat mana-mana masa, tapi bila 3 doktor termasuk pakar yang DPP panggil semua kata masih ada dara. Dia dah bohong banyak, takkan boleh ambil mana nak, buang yang taknak. Apa ni Tuan?" bebel adik OKT

"saya dah hujah semua tu dan banyak lagi. Kita cerita di Mahkamah Tinggi kang!" apa lagi nak dikata..

Hati-hati dengan wanita. Banyak yang baik, berbaiklah kepada yang baik. Semoga Allah SWT merahmati wanita kerana sememangnya lelaki pemimpin yang agung dan menentukan nasib dunia, tetapi lelaki itu tetap dibentuk oleh wanita.

2 komen:

Anonymous said...

best criminal lawyer

SH said...

Terima kasih siapa pun ada..

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►