Thursday, March 29, 2012

Sombong - Rakan Enggan Menjadi Saksi Kawan Dalam Kes Jenayah


Dia berjanji dengan rakannya yang kini dituduh bagi kes jenayah rompak bahawa beliau akan hadir ke Mahkamah bersama rakannya yang seorang lagi untuk memberikan keterangan bahawa rakan yang didakwa itu berada di Pulau Pinang semasa kejadian rompak berlaku.

Tetapi beliau gagal hadir ke Mahkamah atas alasan berada di Johor. Kemudiannya dia berjanji lagi akan datang tetapi rakan seorang lagi daripada Pulau Pinang enggan hadir kerana katanya takut datang Mahkamah. Kasihan kerana kesan kepada rakan yang didakwa amat teruk sekiranya gagal dibuktikan. Dia tahu rakan itu di Pulau Pinang, susah dan sombong nak bagi keterangan sedemikian demi membantu Mahkamah dan keadilan. Bukan suruh menipu dan membantu rakan.

Esoknya Uichi Gaban berita seorang rakan OKT melalui telefon mengharapkan kehadirannya. Dalam masa yang sama, sepina disediakan tetapi sehingga subuh penantian OKT di hadapan rumah rakannya untuk serahkan sepina hampa. Telefon juga ditutup. Itulah nilai seorang rakan ketika dalam kesusahan. 

Anda pasti yang rakan akan membantu anda dalam kesusahan?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►