OCBC telefon lagi. Dalam 4-5 bulan ini banyak berada outstation menyebabkan pembayaran hutang tertangguh. Tetiba hari ini telefon agak tegang macam kita ni tak bayar hutang. Masa kita bayar advance lebih dari keperluan, tiada pula compliment.
Tup-tup hari ini katanya due pembayaran adalah setiap 1hb pada setiap bulan. Maknanya pembayaran perlu dilakukan pada 1hb atau bulan sebelumnya. Tidak pernah pula tahu ada peraturan sebegini sebab kebanyakan pembayaran pinjaman adalah setiap sebelum 7hb atau 21hb kebanyakannya.
Baru ketinggalan sebulan tapi siap sound 2 bulan padahal baru 2hb untuk bulan ini. Aduh! Dah lah mesin dan layanan tak berapa cantik. Bank pun terhad. Faedah pun tinggi, nama je Islamic Product. Kalau ditanyakan, elok baca semua agreement baik-baik dengan produk mereka sebelum fikir nak ambil produk mereka. Tambahan lagi ada terma tambahan melalui telefon samada lisan dan SMS serta surat berlainan.
"Takper, saya setel semua bakinya esok pastu saya tutup semua akaun dan urusan saya di sana" kata Uichi kat amoi yang menelefon. Yang tak due berpuluh ribu tiada nak puji atau bagi diskaun. Tak cukup RM300-400 payment, bising pulak.
Bikin darah tinggi sahaja..
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..