Ini bukan kereta Uichi Gaban. Tak sekaya tu.
Baru-baru ini si Abang Long dan si Puput naik atas bumper depan kereta dan main calar. Angin satu badan rasanya Uichi Gaban. Nasib baik bumper depan tu dah agak rosak akibat catnya luluh dan akibat panas. 2-3 hari kemudiannya si Abang Long calar pintu penumpang kereta Uichi Gaban.
Uichi tahu si Abang Long bukan nak calar kereta tetapi cuba menyapu dan membuang calar dan kotoran yang ada di tepi pintu tersebut. Tetapi 'cucian' itu menyebabkan calar yang lebih banyak. Niatnya baik tetapi kesannya membuatkan banyak lagi calar di kereta Uichi Gaban.
Dalam marah, teringat kat cerita dan ceramah Ustaz Mohammad Abdullah di IKIM.fm semasa dalam perjalanan ke Pendang Kedah baru-baru ini bagaimana anak yang mencalar kereta ayahnya dipukul sehingga kecederaan teruk dan menyebabkan tangan itu terpaksa dipotong. Cerita penuh lain kali kita cerita.
Terima kasih Ustaz.
Bersabarlah dengan kerenah apa jua dengan anak. Cuba sabar sedaya mungkin atas akal mereka yang masih singkat dan kekadang kala niat baik mereka menjadi buruk kesan kepada kita.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..