Uichi Gaban ambil kesempatan mengingatkan kepada ramai rakan-rakan terutama yang suka kucing ataupun belaan yang lain agar tidak tertipu dengan pujuk rayu direct bagi mendapatkan haiwan belaan ataupun melalui gambar-gambar yang menarik dan kelihatan seperti benar.
Ada dua jenis penipuan yang Uichi Gaban nak kongsikan yang berlaku dalam seminggu dua ini memberikan pengalaman kepada Uichi Gaban tetapi tidak kena tipu. Bak kata nenek Uichi Gaban "kedekut memberikan keselamatan kepada duit"
Tipu Benda tak wujud
Ramai yang menjual satu benda tidak wujud. Seperti haiwan belaan ini, ada seorang kawan bercerita ada yang kena sampai RM4,000.00. Kasihan!
Biasanya haiwan cuba dijual dengan harga murah atau diberikan percuma tetapi dikenakan bayaran kepada pengangkutan. Kalau jenis macam ini, terus set dalam fikiran anda yang anda sekarang On The Way kena tipu oleh mereka.
Kalau anda suka anjing mahupun kucing, ramai penipu berjenama seperti Premius Fotamus, John. Lon, Abagjima@gmail.com, susan, dan beberapa yang lain. Cuba google mereka ini dan tulis sahaja di mana-mana mereka ini penipu. Supaya orang lain tidak terkena. Malah nama-nama ini turut tersenarai dalam www.fraudwatcher.com
Tipu Baka
Uichi Gaban ada singgah di Kuala Lumpur baru-baru ini sempat jengah dan bagi makan kucing terbiar tepi kedai sambil melayan kerenah kawan dan anakguam di kedai makan. Mungkin tindakan itu dilihat oleh beberapa orang, tetiba ada seorang approach untuk anak kucing mereka.
Kucing kampung biasa yang Domestic Short Hair pun mereka jual dalam RM80.00 Diulangkan bahawa DIJUAL. Kalau harga dinilaikan dengan kos penjagaan dan makanan, tidak ralat sangat.
Uichi Gaban bukan nak sangat tetapi layan dia berbual di pejabat dia dan melihat beberapa anak kucing. Ada beberapa kucing baka bulu lebat dikatakan oleh dia yang baka parsi akan dijual dengan harga melebihi RM500.00. Kaya sungguh dia!
Bukan salah atau bangkang dengan menjual pet tetapi Uichi Gaban amat menyokong cuma bila bersembang lama tu, sempat juga mengorek beberapa cerita bahawa kebanyakan kucing dia jenis yang terbiar diambil dan diletakkan berteduh di pejabatnya sahaja. Makan cari sendiri. Dapat anak dijualnya.
Ada yang bulu lebat jadi parsi. Untung kucing tu dijual mahal. Lebat juga tuannya. Entah betul ke tidak. Lagi menyakitkan hati bila tahu yang kucing dinamakan baka ikut nampak macam. Kalau nampak lajur sikit dengan bintik atau belang, rasanya akan jadi Bengal la kucing tu. Kasihan kepada pembeli.
Patutlah ada terbaca yang mana pembeli komplen kenapa semakin besar kucingnya nampak macam kucing kampung dan bayaran yang mahal hangus bila rasa dah tertipu. Hati-hatinya kawan!
Nota: Malaysian Cats For Free menggalakkan pembelaan kepada kucing terbiar melalui pemberian secara percuma.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..