Wednesday, July 13, 2011

Benarkah Anak Kecil Itu Nakal?


Dalam membicarakan soal perangai dan tingkah laku anak nakal dan kelakuan yang tidak bertempat, kita sering mengelaskan ia sebagai nakal dan tidak beradab. Uichi Gaban tidak berkecuali sedangkan dengan logik yang ada, kita terlupa mereka masih budak dan tiada apa jua kenakalan pada atau oleh anak kecil itu atas dasar prinsip Islam "mukallaf".

Kalau merujuk kepada isu menangganinya atau isu keibubapaan, sememangnya kita mempunyai banyak pilihan dan banyak sumber rujukan untuk menjadi sandaran kepada mendidik anak dan membimbing mereka. Perkara ini boleh dirujuk dan dicari.

Uichi Gaban tidak mahu bercerita mengenai isu dan cara mengenai anak nakal. Cuma terdetik ingin membicarakan kesilapan ibu bapa baik Uichi Gaban dan mana-mana pihak dalam mentafsirkan kenakalan itu ke atas anak kecil. Dalam mendidik ekoran salah tafsiran, kebanyakan kita terkhilaf dalam beberapa aspek;

Perbandingan tidak setara
Kita baik Uichi Gaban sekalipun dalam menghadapi situasi sebegini, kita lupa sejenak bahawa kita hakimi mereka itu nakal kerana tindakan mereka di luar munasabah ekoran akal kita membuat perbandingan segera tindakan itu dengan tindakan biasa bagi orang yang cukup akalnya.

Secara tidak sedar, kita telah meletakkan anak kecil itu seolah setara dengan kita. Apabila perbandingan tidak setara ini berlaku, logik akal akan menyatakan itu sebagai biadap atau nakal. Lantas kesesuaian dengan maruah dan didikan semasa, kita hilang sabar dan melenting atas tindakan yang dilakukan oleh anak kecil.

Mukallaf
Anak kecil tidak tahu menjelaskan baik dan buruk. Malah pemikiran mereka terhad kepada skop yang sempit dan tidak mampu memikirkan logik semasa kepada mana-mana isu dan keadaan. Bagi mereka, apa yang mereka buat itu semuanya betul kerana itu adalah logik akal mereka bagi tahap umur sedemikian. 

Mungkin di atas umur 6 tahun, logik akalnya lebih berkembang tetapi mereka masih di tahap rendah dalam mentaksirkan keadaan dan isu kepada logik yang sempurna dalam menentukan baik dan buruknya serta komplikasi tindakan mereka. Apa yang mereka pasti, mereka bertindak atas dasar yang betul.

Teringat satu ketika dahulu bagaimana Uichi Gaban sendiri dengan Kak Ngahnya bermain di satu rumah Arwah kawan abah. Mungkin kebisingan kami mengganggu perbualan mereka. Mungkin bila kami berebut dan makan sambil bermain dengan tembikai itu agak biadap. Teruk kami kena marah malam itu dengan abah. Ibu hanya terdiam memujuk anak-anaknya.

Ketika ini, Uichi Gaban teringat yang keadaan sama telah berlaku dan akan berlaku. Ia akan terus berulang-ulang sehingga mana kita mampu mengubahnya.






0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►