Monday, March 7, 2011

Bila Muslim Hilang Rasa Malu Kepada Rumah Allah. Antara Tiada Malu & Persepsi Tentang Islam Di Mata Bukan Islam

Kesibukan masa dalam menjalankan urusan kerja seharian dan kegiatan sebelah malam, membuatkan Uichi Gaban terhimpit dek jadual sendiri. Sendat dada rasanya. Blog tidak dapat dikemaskini secara berkala lagi walaupun banyak perkara nak dikongsikan bersama.

Cuma dalam 3-4 minggu ini Uichi Gaban ada sedikit gangguan bila melihat segelintir anak muslim yang agak kurang malunya kepada masjid mahupun surau. Uichi Gaban pun jahat juga, tapi tidaklah sedasyat itu hilang rasa malu. Ada lebih 5 kejadian dalam 3-4 minggu ini yang boleh dikatakan Uichi Gaban pun rasa malu nak ceritakan bagaimana orang muslim kita hilang malu dan tidak malu sungguh dengan tindakan mereka itu.

Dalam masa terdekat ini, Uichi Gaban ada singgah ke surau dan sebelum memasuki surau, seorang tua (tua dah) menegur dan memohon memanggilkan seorang individu daripada surau untuk tujuan berjumpa. Uichi Gaban tanyakan kenapa tidak naik dan panggilkan sendiri. Beliau dengan selamba tidak menunjukkan reaksi dan menyatakan dia dan anak lelakinya yang ketika itu berada di kereta perlu berjumpa dengan individu berkenaan.

Uichi Gaban dapat mengagak sebab beliau ingin berjumpa dengan individu tersebut yang juga sering menjadi imam di situ kerana Uichi Gaban mengenali individu berkenaan. Kali ini Uichi Gaban pula buat selamba dengan katakan "kalau nyer pun, apa kata kita naik sembahyang dulu. Pakcik tu pun tunggu Isyak". Dengan selamba juga dia tinggalkan Uichi Gaban. Cerita perjalanan kubur kepada orang yang dah dekat, yang rasa jauh entahlah.

Dipendekkan cerita, dekat Masjid As Salam, Puchong Perdana pula ramai yang menghantar anak nak ke kelas tuisyen matematik tapi orang baru azan Isyak, mereka boleh buat tak tahu dan terus di dalam kereta. Anak pun tidak disuruh naik bersembahyang berjemaah bila dah alang-alang berada di kawasan masjid. Kalau ibu bapa sebegitu, macamana agama anak-anak untuk 10 tahun lagi. Bagaimana mereka melihat Islam. Selain ini ada juga bagi kelas-kelas yang lain. Dulu perkara yang sama berlaku kepada ibu bapa budak-budak silat, tapi Uichi Gaban sound direct, memang panas telinga tapi hasilnya terus ada perubahan dan ramai budak silat bersembahyang Isyak berjemaah sebelum kelas silat. Termasuk ibu bapa mereka.

Itu belum beberapa pekerja yang menjalankan kerja-kerja di rumah Allah seperti pembekalan elektrik dan berkaitan saluran air. Sampai dah nak asar, bila azan dan sembahyang, boleh mereka lepak dalam trak besar mereka. Selepas orang sembahyang terus buat kerja. Tidak malu kepada rumah Allah satu hal, apa persepsi rakan-rakan mereka daripada kalangan bukan Islam kepada Islam. Makin jauh rasanya dakwah itu kerana orang muslim sendiri.

Teringat kat kata-kata Ustaz Ravi Abdullah. Orang Islam yang asal (beranak dah Islam) banyak betul ruginya dalam bab ni.


2 komen:

Anonymous said...

Perkara yg berlainan terjadi kepada saya. Bapak tunggang langgang sujud solat. Anak tak mau solat. Kena sound, dah merajuk tak nak belajar silat. Tp tak pe. Dia masuk gelanggang pun tak nak belajar.Dr bulan November 2010 blm boleh beza tumbuk dan pancung! Kes tak berkat agak nya....

SH said...

takpe. kalau dia susah nak dengar, payah la. kalau ego manusia melebihi keperluan agama.

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►