Sehingga setakat ini, belum lagi dikeluarkan video tersebut dalam mana-mana bentuk. Malah tokey-tokey CD pun tengah tunggu perkara yang sama. Tetapi ramai sudah bercakap. Yang Berhormat Kulim sana pun sudah kata 110% pasti. Uichi Gaban pun sendiri tak pasti dia dah tengok ke belum sebelum 110% pasti tu.
Kita belum tahu lagi siapa dalam video berkenaan. Tetapi daripada melihat si lelaki, Uichi Gaban lebih suka nak tahu siapa perempuannya. Kalau dari China, Singapore, Thailand pastu tambah dah balik negara. Tak dapat dikesan dan macam-macam alasan lagi, bagus untuk David Teo, filem terbaru dan plot ready made.
Yang pasti bukan ahli pembangkang dah pakat seia sekata dan sehati sejiwa dalam menyatakan itu Anwar Ibrahim. Cilakak Anwar Ibrahim! Ingatkan akan teruskan cerita Liwat 3 tetapi ada movie baru pulak.
Yang pasti juga pembangkang yang dah tengok movie terhangat itu sudah katakan elemen penolakan jelas bagaimana itu sebenarnya Anwar Ibrahim dalam bentuk fizikal badan. Tidak campur dengan elemen alibi yang dikatakan tempoh berkenaan adalah terdapat ruang masa terdapatnya kemaskini Twitter dan Facebook Anwar Ibrahim. Ini lagi menambah minat Uichi Gaban mengenai petua nak kemaskini semua tu dalam sambil baring dan gadget-less.
Yang pasti, Identiti Datuk T pun sudah dibongkarkan sendiri oleh tuanpunya diri katanya tetapi satu body tidak datang. Bagi Uichi Gaban, nampak bercelaru tetapi tidak dapat nak komen banyak sebab Uichi Gaban bukan pelakon utama Lie To Me.
Cuma yang Uichi Gaban amat pasti kalau benar apa yang ditayangkan, baguslah untuk rakyat. Cuma dalam resam budaya hidup Malaysia ini, perkara pelik banyak berlaku di musim pilihanraya. Waktu dulu-dulu perkara pelik berlaku bila orang nampak makhluk berbulu sahaja. Malaysia sudah berubah.
Yang lebih Uichi Gaban amat pasti kalaulah ia adalah satu fitnah dan tindakan berunsur jahat dalam menjatuhkan dan memalukan satu kedudukan, maka dijanjikan 3 perkara yang jelas dalam Islam; Hukuman Qazaf (lepas dunia, tak semestinya lepas di akhirat), Hilang kesaksian & munafik seumur hidup dan Neraka. Tidak perlu pilih. Boleh ambil borong!.
Cuma malam ini rasanya Uichi Gaban tidak lena tidur sebab Uichi Gaban baru perasan satu perkara. Rupanya kebanyakan hakim dan peguam yang pernah Uichi Gaban temui semua bodoh kerana mereka ingat menonton, menayangkan mahupun memiliki video sedemikian adalah satu kesalahan. Perlantikan hakim yang berpandangan sedemikian kalau ada, amatlah membazirkan duit rakyat.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..