"Apa kata Tuan buat video live perundangan tentang satu-satu tajuk dan boleh intekraksi terus?"
Memang dah fikir lama tetapi dari satu sudut kami rasa tidak sesuai untuk terlalu menonjol melalui video kecuali ia rakaman melibatkan jemputan khas, program persatuan, Majlis Peguam atau jemputan media.
Terdapat rasa ketidakselesaan atas faktor etika. Malah terlalu menonjol dengan boleh mendatangkan salahtanggapan kemahiran kita dalam bidang tertentu.
Namun, kami boleh siarkan apa-apa rakaman video/visual jika ada nanti melibatkan interview terhadap kami untuk dikongsi bersama.
Pertama, yang dok share dan mesej seperti biasa. Mereka ini antara orang yang separa happy kerana cuti tidak bekerja. Cuma masalahnya bajet makin kurang kerisauan #covid19. Tapi kebanyakan masih update makan ..
Kedua, antara bos yang sedang runsing dan mohon pandangan untuk selesaikan masalah kewangan mereka dan perniagaan mereka. Mereka dah mula meeting utk satu penyelesaian. Grup ini lebih kepada cut cost. Kurangkan perbelanjaan perniagaan dan staf.
Ketiga, antara bos jenis yang sama dengan grup kedua tetapi lebih kepada pelan gantian untuk menstabilkan kewangan dan perniagaan. Mereka lebih kepada cut cost perbelanjaan dan tingkatkan produktiviti termasuk tambahan tugas dan kerja lebih masa.
Andai kata #RMO tidak dilanjutkan nanti, Minggu terakhir April ada satu hujahan kaunsel bagi satu kes hukuman #gantung di #MahkamahTinggi.
Mungkin tutur kata hujahan saya akan ada bibit bahasa #indonesia. RMO telah buat saya khatamkan semua sitkom #Sule, #Andre, #Dodit dan beberapa yang lain.
Orang kita kurang menulis, kurang membaca dan kurang juga dokumentasikan #video berkualiti. Katanya menjaga kemaslahatan bangsa, perniagaan dan cakap sahaja malas.
Takkan nak layan #RussellPeter dan #Kumar memanjang.. kita patut mula pakat menulis dan dokumentasikan karya.
Karya undang-undang dalam bentuk novel dan filem patut diperbanyakkan juga
Ada org call nak minta nasihat perundangan. Kata kat dia, kami caj consultation. Dia reply-
"Hari tu saya gi jumpa lawyer di .... tak caj apa pun"
"Masalah guaman awak dah selesai, pergi la minta nasihat lawyer sana" saya balas.
"Tapi dia tak biasa buat kes pelik-pelik macam firm awak. Pengalaman lawyer pun saya lebih yakin awak (taknak jumpa lawyer saya tapi saya sahaja)"
Fikir sendiri lah saya jawab apa.
Cuma semua orang ada kes jenayah dan sivil rumit. Peguam bagi khidmat, tak suka lawyer ni. Pergi mana-mana lawyer awak suka.
Fikirkan kalau 10 orang nak jumpa TS Shafee Abdullah (takut yg lain tak kenal buat contoh) hari ini. Adakah rasanya masa akan diberikan percuma untuk mereka bagi 10jam untuk mendengar dan memberikan nasihat. Peguam masih ada kerja banyak juga perlu siapkan.
Pada satu ketika Sahabat memberikan seorang fakir satu buah. Seorang sahabat lain datang ke rumah sahabat tersebut dengan 10 buah tetapi mengambil satu buah untuknya Sahabat bertanya "mana satu lagi?"
Sahabat kehairanan, bagaimana Sahabat itu mengetahui niatnya untuk memberikan 10 buah pada mulanya Katanya, Rasullullah menjanjikan satu kebaikan dibalas dengan 10 kebaikan. Kalau Saya memberikan satu maka 10 akan datang.
Siapa kita nak pertikaikan janji Rasullulah SAW dan Allah SWT
Setiap kali kes jenayah melibatkan anak muda. Tersentuh hati melihat kasih ibu pada anak. Hancur harapan ayah tetapi usaha takkan henti bagi memberikan peluang kedua buat anak. Ibu tetap anaknya terbaik bagi memujuk hati bahawa anaknya khilaf akibat bersebab.
Ibu tak henti menangis mengenangkan anaknya di dalam reman bersama penjenayah tegar mahupun pembuli. Kasih ibu membuat tidur mata terbuka. Wajah anak terbayang setiap masa.
Masa yang dibenarkan tercegat di Penjara bagi melawat anaknya. Tiada erti sibuk dan masa terhalang. Selagi boleh, wajahnya dipampang buat sandaran motivasi.
Miskin bukan menghalang mencari dan mengadai harta berbaki bagi mendapatkan kebaikan untuk si anak. Kos peguam dan kos ke sana-sini bukan menjadi halangan biarpun mencari rezeki dalam menangis. Padanya anak diutamakan. Biarpun si anak itu adalah anak yang biasa meninggi suara padanya. Biarpun anak itu yang biasa ringan mencuri hasil peluhnya bagi rokok dan dadah. Biarpun anak itu meluatkan masyarakat dan sentiasa dileternya,
"anak itu anakku, aku ibunya. Apa yang baik akan akak usahakan" kata si ibu kepada Uichi Gaban.
Selamat Menyambut maulidur Rasul buat semua rakan pembaca Muslim. Mungkin masih awal untuk Uichi Gaban ucapkan tetapi sahaja nak ingatkan peristiwa besar yang patut kita alert.
Persoalan yang perlu ditanya kembali, berapa banyak sunnah Baginda kita amalkan sebagai tanda sayang?
Pagi ini mendengar IKIM.fm bersama Dr. Harlina Siraj bercerita mengenai Arwah bapanya bagi menjawab beberapa persoalan pendengar terutama mengenai kelebihan dalam berbuat kebaikan, poligami dan kekurangan manusia dari sudut sikap.
Uichi Gaban ada banyak tambunan kerja pagi ini tetapi sekadar berkongsi video ini dengan para pembaca blog Uichi Gaban bagi memberikan motivasi kepada kehidupan seharian.
Bulu kucing adalah statusnya NAJIS. Namun dalam isu permasalahan ini terdapat beberapa pandangan ulamak muktabar mengenainya. Sekiranya tidak silap, Mazhab Hanafi dan Maliki berpandangan bulu kucing adalah NAJIS tetapi tidak membatalkan solat dan membolehkan solat dalam keadaan terdapatnya kucing bersama (ditanggungan) atau bulunya di tanggung waktu solat.
Manakala Mazhab Syafie dan Hanbali berpandangan sebarang bulu kucing juga adalah NAJIS maka menanggungnya waktu solat adalah membatalkan kecuali sedikit adalah dibolehkan/dimaafkan. Sedikit dalam dilihat sudut adat. Uichi Gaban percaya yang jawapan Ustaz Azhar Idrus adalah jelas mengenai persoalan bulu kucing dalam Mazhab Syafie.
Tetapi Untuk memahami perkataan MENANGGUNG NAJIS SEMASA SOLAT, boleh rujuk bab perkara yang membatalkan solat.
Tazkirah Ramadhan: Bila ditanya sesiapa pun, ramai yang sedih dan berduka bila kehilangan tanpa sedari kita jarang menghargai nikmat dan pemberian tersebut semasa ada. Baik benda fizikal mahupun kasih sayang. Ambil ikhtibar dan hargai semua disekeliling kita.
Dekatkan diri kepada fakir agar kita merasai nikmat kemewahan dan hidup sempurna seterusnya tidak menjadikan bongkak.
Dekati yatim untuk hargai kasih dan pengorbanan manusia dan perasaan kesunyian tanpa kasih sayang.
Berapa Ringgit Malaysia kita belanjakan hari ini di Bazar Ramadhan dan berapa pula sampai untuk sedekah di masjid mahupun mereka yang memerlukan. Berpada-pada pada berbelanja kerana ia suatu pembaziran sekiranya nafsu menjadi panduan.
Semoga Ramadhan menjadikan kita lebih berjimat cermat atas kesedaran kepada kepentingan kewangan yang baik dalam membangunkan ummah dan juga kesedaran kepada kesengsaraan serta kesempitan saudara kita yang lain dalam kita merasai puasa.
Dalam melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan, pastikan mengambil bahagian dalam usaha meringankan beban saudara kita dalam memastikan ibadah dan akidah mereka juga kukuh rentetan kesan Ramadhan yang ditetapkan Allah.
Tazkirah Ramadhan: Kononnya kita kata dan kita rasa-rasa yang kita banyak tahu tentang itu dan ini. Rupanya amat kerdil pengetahuan kita walhal bab basic fardu ain sekalipun.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan ruang lebih untuk mengenali diri dan memperbanyakan apa yang perlu dan hindari serta kurangkan apa yang patut.
Kepada yang tidak bernasib baik jangan dilupakan agar dapat dikongsikan kegembiraan Ramadhan bersama mereka sekaligus menghilangkan rasa kecil diri dan duka mereka kepada takdir dan nasib dalam mengharungi ujian Allah SWT.
Ada antara mereka tidak bernasib baik atas kekurangan kewangan, kesihatan, kasih sayang dan juga masalah hati. Kepada Allah SWT kita berserah untuk yang lebih baik kerana Dia jua Perancang terbaik!
Sebuah filem yang Uichi Gaban amat cadangkan untuk tontonan di masa ramai suka menonton dan menghabiskan masa dan wang untuk filem mengarut tiada makna dipanggung.
Cuba lihat bagaimana Palestine dilayan dan cuba ingat bahawa mereka saudara kita. Pertanyaan mengenai apa sumbangan kita mungkin akan diungkitkan.
Persoalan lebih besar, mampu kita sekuat mereka. Kuatkah azam dan semangat kita daripada amalan beragama kita untuk mengharungi semua itu. Jangan jarakkan kita dengan mereka sedetik pun. Fikirkan..
Semoga Allah selamatkan Palestine dan membangkitkan mujahiddin dan bakal Mujahiddin dengan lebih ramai yang berpaksikan Mati dan hidupku untuk Allah.
Sehingga setakat ini, belum lagi dikeluarkan video tersebut dalam mana-mana bentuk. Malah tokey-tokey CD pun tengah tunggu perkara yang sama. Tetapi ramai sudah bercakap. Yang Berhormat Kulim sana pun sudah kata 110% pasti. Uichi Gaban pun sendiri tak pasti dia dah tengok ke belum sebelum 110% pasti tu.
Kita belum tahu lagi siapa dalam video berkenaan. Tetapi daripada melihat si lelaki, Uichi Gaban lebih suka nak tahu siapa perempuannya. Kalau dari China, Singapore, Thailand pastu tambah dah balik negara. Tak dapat dikesan dan macam-macam alasan lagi, bagus untuk David Teo, filem terbaru dan plot ready made.
Yang pasti bukan ahli pembangkang dah pakat seia sekata dan sehati sejiwa dalam menyatakan itu Anwar Ibrahim. Cilakak Anwar Ibrahim! Ingatkan akan teruskan cerita Liwat 3 tetapi ada movie baru pulak.
Yang pasti juga pembangkang yang dah tengok movie terhangat itu sudah katakan elemen penolakan jelas bagaimana itu sebenarnya Anwar Ibrahim dalam bentuk fizikal badan. Tidak campur dengan elemen alibi yang dikatakan tempoh berkenaan adalah terdapat ruang masa terdapatnya kemaskini Twitter dan Facebook Anwar Ibrahim. Ini lagi menambah minat Uichi Gaban mengenai petua nak kemaskini semua tu dalam sambil baring dan gadget-less.
Yang pasti, Identiti Datuk T pun sudah dibongkarkan sendiri oleh tuanpunya diri katanya tetapi satu body tidak datang. Bagi Uichi Gaban, nampak bercelaru tetapi tidak dapat nak komen banyak sebab Uichi Gaban bukan pelakon utama Lie To Me.
Cuma yang Uichi Gaban amat pasti kalau benar apa yang ditayangkan, baguslah untuk rakyat. Cuma dalam resam budaya hidup Malaysia ini, perkara pelik banyak berlaku di musim pilihanraya. Waktu dulu-dulu perkara pelik berlaku bila orang nampak makhluk berbulu sahaja. Malaysia sudah berubah.
Yang lebih Uichi Gaban amat pasti kalaulah ia adalah satu fitnah dan tindakan berunsur jahat dalam menjatuhkan dan memalukan satu kedudukan, maka dijanjikan 3 perkara yang jelas dalam Islam; Hukuman Qazaf (lepas dunia, tak semestinya lepas di akhirat), Hilang kesaksian & munafik seumur hidup dan Neraka. Tidak perlu pilih. Boleh ambil borong!.
Cuma malam ini rasanya Uichi Gaban tidak lena tidur sebab Uichi Gaban baru perasan satu perkara. Rupanya kebanyakan hakim dan peguam yang pernah Uichi Gaban temui semua bodoh kerana mereka ingat menonton, menayangkan mahupun memiliki video sedemikian adalah satu kesalahan. Perlantikan hakim yang berpandangan sedemikian kalau ada, amatlah membazirkan duit rakyat.
Disebalik ibu dan bapa yang membuang anak, tidak kurang juga ceritanya anak yang membuang bapa. Hidup di dunia sememangnya akan menjadi roda kehidupan. Di atas dan dibawah adalah lumrah alam. Hidup hanya berpaksikan kepada 2 perkara. Kerana itu setiap perkara akan berlawanan sifatnya. Kalau diizinkan Allah SWT, kita akan kembali sebagaimana sebelumnya.
Maka benarlah sebagaimana pesan DatukUichi Gaban sering pesankan sebagaimana yang dipetiknya daripada Surah Yassin; "Dan barangsiapa yang dipanjangkan umurnya, maka akan dikembalikannya kepada asal kejadiannya, tidak kah kamu menjadi orang yang lebih berfikir?" (tafsiran arwah datuk Uichi Gaban)
Artikel sebelum ini mengenai datuk Uichi Gaban; Di sini dan di sini
Bukan menghina tetapi benar kata-kata orang tua melayu yang membela lembu sekandang lebih senang dan menguntungkan daripada anak sendiri. Ibu bapa mampu membela 10-20 anak sehingga besar. Tetapi belum tentu jumlah itu mampu membela seorang ibu dan bapa dari tua sehingga mereka mati.
Semua perkara dikatakan abstrak kerana setiap orang mempunyai citarasa tertentu dalam menentukan suatu nilai ke atas sesuatu. Bagus dan lawak video terbaru daripada mat lufti yang mengenengahkan isu cantik.
Dalam isu ini kita terlupa sebenarnya pemanduan akal kita banyak di monopoli oleh persekitaran baik daripada kesan masyarakat dan cara hidup mereka dan juga kesan daripada iklan dan media yang sering menjadi hidangan akal kita.
Mereka yang menentukan secara tidak langsung cara pemikiran kita dan kekadang kita alpa yang akal kita sendiri menepis syariat dalam menentukan sesuatu nilai. Kita sering menegakkan sesuatu yang silap dan salah dalam sudut syariat sebagai benar kerana media menyatakan ia sebagai kebiasaan dan harus. Maka masyarakat mengikutinya dan majoriti tindakan akan menjadikan ia sebagai adat yang menjadikan ia kebiasaan atau harus dalam sesuatu kehidupan sedangkan syariat mengatakan haram.
Secara tidak sedar, akal dikuasai sepenuhnya oleh persekitaran.
Tetapi apa yang lebih penting, bagaimana kita mencorakkan akal kita adalah bergantung kepada pilihan kita sendiri. Bagaimana memilih hiburan, cara hidup, sosial bermasyarakat dan rakan menjadi tunjang kepada akal kita dan bagaimana ia berfungsi dari sudut penilaian kita dalam bentuk syariat.
Dalam membentuk abstrak itu, bagaimana pembentukan agama anak-anak kita?
Antara promosi bakal menyerikan YOUTUBE KSSG dan juga papan board sekitar Selangor dan promo disc yang bakal dihantar kepada semua pihak dan jabatan kerajaan kelak.
Namun yang ini baru percubaan sahaja dan menggunakan video sedia ada. InsyaAllah disc promo yang baik dan rakamannya akan dibuat kelak.
Kini dengan menaip KSSG atau Kelab Silat Seni Gayong, anda boleh lihat banyak video latihan kami mula ditayangkan di sana bagi tujuan promosi dan nama baik Seni Gayong.
Uichi Gaban amat berharap Kelab Silat Seni Gayong yang menjadikan platform untuk kami berbakti kepada masyarakat akan menjadi kuat dan hebat dimata masyarakat Islam amnya dalam membentuk disiplin dan jatidiri anak-anak muslim.