Merokok sememangnya suatu tindakan bukan sahaja mengundang pelbagai konflikasi kesihatan tetapi juga pembaziran yang nyata. Dan setiap pembaziran itu adalah suatu pekerjaan yang dilakukan syaitan. Nauzubillah imin zaalik.
Namun bagi beberapa tips kesihatan untuk perokok tegar bagi mengelakkan penyakit melalui pemakanan, bolehlah menggunakan atau memakan beberapa perkara di bawah bagi mengelakkan penyakit. Tetapi perlu diingatkan bahawa ia hanya sebagai satu ikhtiar dan pencegahan:
- Meminum sesudu kecil minyak zaiton (asli). Boleh dibeli dengan harga RM20-40 sebotol.
- Meminum atau makan karot;
- Banyakkan memakan anggur;
- Banyakkan memakan apple hijau; dan
- Paling utama kalau kita berhenti sahaja merokok!
Dalam bab DOSA pula ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam merokok Sekadar pandangan, kalau ada salah tolong betulkan. Ada yang tertinggal, sila tambahkan:
- Berkompromi dengan perkara bathil adalah DOSA.
- Membazir adalah DOSA.
- Membawa atau mencari penyakit sendiri adalah DOSA.
- Meletakkan diri dalam bahaya seperti penyakit dan kematian atau kerugian adalah DOSA.
- Meletakkan keluarga mahupun mereka yang lain dalam bahaya seperti kehadiran penyakit kepada mereka mahupun kematian yang akan merugikan atau menghilangkan tempat bergantung adalah DOSA.
- Menurut perbuatan syaitan adalah DOSA.
- Membuat suatu perkara tanpa sebab malah memberikan keburukan adalah DOSA.
- Membuat suatu perkara yang mendatangkan fitnah juga mendatangkan DOSA.
Bukan sahaja mendatangkan DOSA tetapi banyak menghilangkan perkara-perkara baik. Pilih mana mahu, Uichi Gaban bagi pandangan sahaja. Lagipun rokok dah disepakati sebagai HARAM. Itu bukan Uichi Gaban kata tetapi ulamak.
2 komen:
tembakau naik harga...
tembakau naik harga.. rokok pun naik.. kalau kertas pun naik. Jawab dia tukar paip je la..
Dah baca sila bagi sepatah kata..