Memang betul, bila jemaah dakwah dikeluarkan, sekurang-kurangnya dua perkara akan berlaku. Orang Islam akan bertambah kuat imannya dan orang kafir akan datang kepada Islam. Jika jemaah dakwah tidak dikeluarkan, sekurang-kurangnya dua perkara akan menimpa umat Islam. Orang Islam akan berada di gerbang kemurtadan dan orang kafir akan membenci Islam.
Pernah seorang “converted” yang baru memeluk agama Islam memberi bayan di Markaz Nizamuddin ketika zaman Maulana Inamul Hassan menjadi amir. Katanya di dalam bayannya,”Sebab apa orang-orang kafir sekarang ini memusuhi orang-orang Islam?” Ia bertanya dan ia juga yang menjawab,
“ Ianya adalah seumpama dua orang kaya, seorang sangat pemurah. Selalu memberi sedekah dan hadiah kepada orang-orang miskin dan orang ramai, maka ia disukai dan disayangi oleh orang miskin dan orang ramai. Sebaliknya seorang lagi adalah kedukut serta mengaut kekayaan peribadi serta mengenepikan orang miskin dan orang ramai, maka ianya dibenci oleh mereka semua. Begitulah perumpamaan orang Islam hari ini, mereka mempunyai kalimah yang sangat berharga dan bernilai namun bersifat kedekut dengan tidak mahu mendakwahkan kalimah berkenaan kepada orang kafir. Hasilnya orang-orang kafir memusuhi dan membenci orang-orang Islam.”

Pada Malam Jumat yang lalu (18 November 2010), jemaah kami berada di salah satu rumah rakan seusaha di sini. Beliau berasal dari Pakistan manakala isteri beliau adalah berbangsa German. Rumah beliau di bahagian atas manakala bahagian bawah adalah masjid yang dijadikan tempat perhimpunan setiap malam Jumaat. Kebetulan malam itu adalah malam perhimpunan maka rakan seusaha sekitar bandar Koln (Cologne) hadir beramai-ramai.
Malam itu amir jemaah memutuskan aku untuk memberi bayan. Tidaka ada apa yang aku ingat melainkan mengharapkan bayan tersebut menjadi asbab hidayat dan modal perbekalan untuk kehidupan akhirat. Rasa aku ahli jemaah yang lain pun begitu juga. Aku bayan macam biasa dan tidak ada apa-apa istimewa di dalam bayan aku. Namun ianya cukup terasa, mungkin kerana sedikit mujahadah ketika berada di sini. Rupa-rupanya malam tersebut menjadi asbab hidayat kepada dua orang tempatan.
Pertama seorang perempuan Albania yang bergama Kristian. Kisahnya begini, tuan rumah yang kami menginap ke luar sekejap untuk urusan membeli barangan makanan jemaah. Beliau terperangkap di dalam kesesakkan jalan dan berpusing mencari jalan pulang sehinggakan tiga laluan berlainan namun masih terperangkap di dalam kesesakkan. Beliau membuat keputusan untuk mengisi minyak di salah satu Petrol Station. Ketika mengisi minyak, wanita Albania ini menahan beliau dan menyatakan bahawa beliau ingin memeluk agama Islam. Beliau lansung membawa wanita ini ke program bersama dengan wanita kami (Jemaah Masturat). Sesampai beliau di tempat Masturat berada, solat Maghrib hampir bermula. Selepas solat, bayan pun bermula di masjid dan lansung kedengaran sehingga ke atas rumah berkenaan untuk didengari oleh jemaah wanita. Wanita Albania ini akhirnya memeluk agama Islam selepas program pada malam tersebut. Selepas memeluk Islam beliau meminta dipakaikan tudung menutup auratnya bila ingin bergerak pulang. SubhanAllah !
Kisah ke dua pula seorang lelaki Turki, beliau di bawa datang oleh seorang rakan seusaha ke majlis bayan mingguan. Selepas bayan iaitu selepas taskil dibuat beliau menceritakan bahawa inilah kali pertama di dalam hidupnya beliau merasai ketenangan dan beliau begitu yakin dengan Islam berbanding Kristian. Rupanya beliau telah lama mendekati ajaran Kristian dan hampir-hampir memeluk agama tersebut. Namun kawannya yang juga adalah rakan seusaha menahannya berbuat demikian namun beliau nekad untuk memeluk agama Kristian. Alhamdulillah, bila di bawa dan berada bersama jemaah beliau benar-benar berubah.
Dua kisah di atas benar-benar membuktikan bahawa di mana ada seruan dan dakwah maka di situ pasti akan ada janji hidayat dari Allah swt.
Nota: Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Ustaz Hambali "Al Alorsetari", seorang pendakwah bebas dan tabligh yang Uichi Gaban suka dok ikut cerita mengenai pengalaman beliau 'keluar'.
Nota: Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Ustaz Hambali "Al Alorsetari", seorang pendakwah bebas dan tabligh yang Uichi Gaban suka dok ikut cerita mengenai pengalaman beliau 'keluar'.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..