Tuesday, February 8, 2011

Hidup Sukan & Budaya di Kelantan- Sekitar Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Tok Guru (Menteri Besar Kelantan)

Di negeri lain Uichi Gaban tidak tahu tetapi di Kelantan banyak program sukan dan kebudayaan anjuran pihak negeri dilaksanakan sebelah malam dimulakan dengan sembahyang berjemaah ditempat berkenaan dalam mendidik para anak negeri.

Kini Kelantan menjadikan solat berjemaah ditempat program dan secara terbuka sebagai perkara biasa. Malah selain ia menjadi didikan kepada anak muslim, ia menjadi dakwah dan pemahamam kepada bukan Islam mengenai kepentingan ibadat kepada orang Islam.

Pelbagai program sukan dan kebudayaaan tetap diteruskan dengan garis panduan hiburan dan sukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri pimpinan Tuan Guru Menteri Besar. Malah pengharaman dikir barat dan  wayang kulit suatu ketika dahulu kini dibenarkan semula apabila kesemua garis panduan Islam yang ditetapkan kerajaan Negeri Kelantan dipersetujui untuk diikuti. Kesannya kepada budaya dan sukan itu semua bukan sahaja makin subur tetapi mendapat lebih galakan dan inisiatif daripada semua pihak daripada termasuk kerajaan negeri. 

Program kebudayaan dan sukan di Kelantan lebih pesat dan sistem garis panduan hiburan Islam yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri langsung tidak menjejaskan kebangkitan program budaya dan sukan di Negeri Kelantan. Malah kini kebudayaan dan sukan daripada Kelantan lebih dihormati dan dikenali. Wayang Kulit pun dah dijual DVD dan 3D serta animasi.

Apabila yang tua sedia menunjuk ajar dan yang muda sedia mendengar, maka suatu perkara boleh ditolenrasi atas prinsip selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Malah Uichi Gaban gembira mempunyai Menteri Besar yang boleh ditemui pada bila-bila masa terutama di masjid. 

Siapa kata cara Kelantan dibenci pelabur dan pelancong? Setiap hari bersusun kereta plat luar negeri Kelantan di Masjid Pulau Melaka bagi bertemu mata dengan YAB Menteri Besar kami. Secara personal selepas subuh bersamanya. Uichi Gaban bukan bercakap atas dasar politik, tetapi sebagai rakyat, semoga cara ini kekal dan ditingkatkan mutunya.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►