Thursday, August 19, 2010

Mahkamah Tinggi Tetapkan Tarikh Rayuan Terhadap Sabitan Dan Hukuman Kes Rogol


Shah Alam: Hakim Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan satu tarikh bicara bagi mendengar rayuan Perayu yang disabitkan dan dihukum di bawah 6 pertuduhan melibatkan pertuduhan di bawah seksyen 376 dan 377C Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Klang pada pertengahan tahun ini.

Perayu yang diwakili oleh Encik Hisham Nazir dan pihak Responden diwakili oleh Encik Muhd Isa daripada Jabatan Peguam Negara masing-masing mengklarifikasikan kesilapan nota mahkamah apabila peguam Perayu memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa rayuan adalah terhadap sabitan dan hukuman dan bukan terhad kepada hukuman sahaja.

Dengan merujuk kepada Notis Rayuan asal, pihak Mahkamah Tinggi bersetuju dan meminda nota tersebut dan arahan lanjut bagi pihak Mahkamah membetulkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Termasuk cadangan pihak Responden agar nombor kod rayuan diubah bagi mengelakkan kekeliruan.

Pihak Mahkamah Tinggi menetapkan satu tarikh bicara yang mana dalam masa yang sama membolehkan pihak-pihak dibekalkan dengan rekod rayuan dan dokumen yang diperlukan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►