Monday, August 16, 2010

Pembicaraan Kes Rogol Dan Seks Luar Tabie Bapa Anak Tiri Ditangguhkan


Klang: Mahkamah Sesyen Klang hari ini menangguhkan satu kes pembicaraan rogol dan seks luar tabie melibatkan bapa dan anak tiri. 

Kes yang dijadualkan bagi sambung bicara pada hari yang mana pihak pendakwaan memanggil saksi terakhir mereka terpaksa ditangguhkan oleh pihak Mahkamah bagi memberikan ruang dan laluan kepada kes melibatkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 kerana keperluan jurubahasa khas yang hadir pada hari ini.

Saksi pihak pendakwaan yang terkahir yang dipanggil ialah isteri kepada Orang Kena Tuduh iaitu ibu kandung kepada mangsa. OKT yang dijamin juga hadir ke Mahkamah pada hari ini.

OKT diwakili oleh Peguambela, Hisham Nazir dan pendakwaan oleh Puan Maisara bersedia.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►