Friday, August 20, 2010

Dua Pertuduhan Di Bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 Ditetapkan Untuk Sebutan


Ipoh: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan satu tarikh Sebutan bagi kes di bawah pertuduhan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana sabit kesalahan akan menghadapi hukuman mandatori, gantung sehingga mati.

Tertuduh seorang lelaki berbangsa india dan bekas pemandu lori ditangkap dalam satu serbuan polis di kediaman beliau pada awal tahun ini. Dalam serbuan tersebut, beliau ditangkap bersama 3 lelaki dan seorang wanita lain yang kemudiannya dibebaskan di tempat kejadian.

Kes yang ditetapkan untuk sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi ditetapkan satu tarikh sebutan lain bagi membolehkan pihak peguambela beliau, Encik Hisham Nazir dibekalkan dengan kesemua dokumen di bawah seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

Dalam Mahkamah Tinggi Ipoh yang berasingan, seorang lelaki melayu yang juga seorang pekerja am dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk Sebutan bagi lantikan peguambela. Beliau yang juga turut diwakili oleh peguambela Encik Hisham Nazir menetapkan tarikh yang sama dengan kes pertama tadi untuk Sebutan bagi membolehkan pihak peguambela mendapatkan keseluruhan dokumen di bawah seksyen 51A tersebut.

3 komen:

Wasatiah Gurlzz said...

salam Tuan...

mohon maaf krn sya tersilap letak link blog Tuan di blog sya...sya telah letakkan link Tuan yg btol...trima kasih mengingatkan sya kpd kesalahan itu...

Tuan, bila tarikh sebutan utk kes pertama itu?...sya slalu turun Mahkamah Tinggi Ipoh...jika ader kesempatan nk tgk sebutan kes tu...

SH said...

sebutan awal september 2010. Tapi depan Timbalan Pendaftar/PKP. Awak tak boleh masuk.

nanti bicara datang la. dah kerja dah?

Wasatiah Gurlzz said...

owh...sebutan dpn Timbalan Pendaftar, patut la...terkeliru sat...huhu.....keje smbil blaja...sya wat Master smbil jd tutor kat USM, Penang...huhu

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►