Saturday, August 21, 2010

Kes Rayuan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Ditangguhkan

Putrajaya: Mahkamah Rayuan sebulat suara membatalkan rayuan jenayah pihak Jabatan Peguam Negara kepada Responden Ketiga apabila gagal mengesan dan menangkap Responden Ketiga setelah diberikan peluang semenjak kes ini dirayu oleh Jabatan Peguam Negara.

Dalam masa yang sama pihak Mahkamah Rayuan dimaklumkan oleh Perayu bahawa Responden Kedua tidak hadir pada hari ini dan gagal di kesan. Manakala peguambela Responden Kedua, Encik Zahar hadir ke Mahkamah dan mengesahkan kedudukan anakguam beliau. Pihak Responden Ketiga hadir begitu juga peguambela beliau, Encik Hisham Nazir.

Pihak Mahkamah Rayuan yang mulanya ingin meneruskan rayuan terhadap Responden Pertama menangguhkan rayuan tersebut kepada tarikh yang lain bagi memboleh Responden Kedua hadir bersama dan didengar bersama bagi menjimatkan masa Mahkamah.

Ketiga-tiga Responden telah dibebaskan dan dilepaskan tanpa membela diri oleh Mahkamah Tinggi Taiping setelah meneliti keterangan yang ada, pihak pendakwaan (kini Perayu) gagal membuktikan satu kes prima facir terhadap ketiga-tiga tertuduh dalam niat bersama untuk menjalankan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►