Tuesday, August 24, 2010

Perbicaraan Kes Pertuduhan Di Bawah Seksyen 377CA Ditangguhkan

Gambar hiasan

Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen telah menangguhkan satu perbicaraan melibatkan seorang pembantu lori yang dipertuduhkan di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang mana pihak pendakwaan telah memanggil 3 saksi utama iaitu mangsa, ibu mangsa selaku pengadu dan juga datuk mangsa.

Mangsa yang juga anak kandung Orang Kena Tuduh telah memberikan keterangan kepada Mahkamah yang mana dikatakan agak bercanggah dengan fakta dan keterangan yang diberikan oleh ibu mangsa dan datuk mangsa yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan kedua dan ketiga.

Isu percanggahan dan soalan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan, Encik Hisham Nazir telah membuatkan saksi pendakwaan ketiga, datuk mangsa tidak senang duduk dan agak berang sehingga pihak polis terpaksa berada berdekatan saksi berkenaan.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa akan memanggil 2 saksi lagi bagi pihak pendakwaan sebelum menutup kes mereka. Pihak doktor tidak akan dipanggil memberikan keterangan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►