Dari kecil, Uchi Gaban bukan senang nak dapatkan buku. Kalau terkoyak buku harga RM6.00 berbiratlah jawabnya. Maka kalau dapat, sayang buku itu melebihi sayang pada uniform silat. Atas susahnya nak dapatkan buku atas faktor ekonomi dan keperluan, nampak gaya pada hari ini Uchi Gaban suka beli buku cuma minat membaca pula berkurangan.
Ini tabiat buruk yang terhasil daripada tabiat baik. Terbalik tapi kekadang tuntutan masa untuk kerja dan "NGO" membuatkan Uchi Gaban lebih suka mempamerkan buku-buku sebagai koleksi sebagaimana kaum isteri mempamerkan pinggan mangkuk berharga ribu riban.
Rasanya dalam hidup Uchi Gaban, buku paling mahal yang pernah dibeli ialah buku Evidence yang ditulis oleh Mendiang Yang Arif Augustine Paul yang berharga hampir RM500.00 tetapi dibeli secara terpakai dengan harga RM260.00. Pokai sekejap masa tu.
Buku-buku yang kawan-kawan pinjam pun rasanya masih banyak tidak dipulangkan.
Bercerita mengenai buku, Uchi Gaban suka lepak lama dalam kedai buku. Masa sekolah dulu suka juga berhenti di Muda Osman dan juga kedai buku tepi The Store tu. Lupa dah nama kedainya. Masih ada kedua-duanya.
Masa di Universiti , suka merayau di kedai-kedai buku terpakai dan juga Czip Lee, Kajang. Membeli jauh sekali. Bukan rajin membaca pun. Bila dah besar panjang dan kerja ni, suka merayau di Popular. Di sini kita boleh melihat mentaliti bangsa kita. Kita boleh membaca masa depan Malaysia dan bagaimana kita akan dicorakkan.
Jadi cuba hadir dan renungkan supaya kita tidak rasa terkejut dengan perubahan kelak.
Semalam Uchi Gaban sempat hadir ke Perbadanan Perpustakaan Shah Alam yang dibuka kepada awam dan paling penting ia adalah percuma dengan tempat yang sarat dengan buku-buku.
Tok Syeikh Serban Merah (gelaran anak lelaki Uchi Gaban) agak teruja tempat yang amat besar dan masih mempunyai tingkat-tingkat di bawah yang boleh dipandang jauh ke bawah. Dengan tempat yang besar, dia melalak gembira sambil melompat-lompat tanpa risau. Keadaan persekitaran amat bersih segar dan nyaman membuat pengunjung merasa amat selesa.
Tingkat atas yang banyak dihuni oleh kanak-kanak tidak mempunyai masalah untuk lebih bising dan santai untuk orang dewasa.
Yang menariknya, bila Tok Syeikh Serban merah masuk saja dalam bilik khas untuk kanak-kanak. Beliau dengan penuh tekun menyelak buku-buku dan mengambilnya serta membaca di meja yang dikhaskan.
Setiap kali buku habis dibaca, dipulangkan ke tempat asal dan kembali dengan buku yang baru. Jika dilihat pada gaya, lepas ni kita lepak sini sajalah pada hari minggu. Biar terlebih baca, tak mabuk!
2 komen:
Tempat yang amat sesuai utk mencuci mata dan minda..didik anak dr kecil selak buku..baguih2x
Terima kasih Suhana... pakat lepak sana.
Dah baca sila bagi sepatah kata..