Monday, March 22, 2010

Remaja Dibebaskan Dengan Bon Berkelakuan Baik Selama 2 Tahun.


Mahkamah Majistret hari ini melepaskan seorang remaja dengan bon berkelakuan baik di bawah seksyen 294 Kanun Acara Jenayah setelah remaja tersebut membuat pengakuan bersalah beserta cagaran sebanyak RM2000.00 dengan penjamin oleh bapa kandung beliau.

Kes yang patut dibicarakan selama 2 hari iaitu hari ini dan esok dilapangkan apabila remaja tersebut ingin membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan tersebut.

Dalam mitigasi yang dihujahkan oleh peguambela, turut dicadangkan satu bon berkelakuan baik dikenakan atas faktor usia dan juga tanggungjawab beliau kepada keluarganya. Dalam masa yang sama, pihak peguambela merujuk kepada beberapa kes sebagai sandaran mitigasi dalam kelakuan baik dan juga tindakan pengakuan salah tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►