Ada kawan meletakkan status di facebook antara lain "kawan ni bile dia nak ketika itu dia ada.. kalau dah dapat, semua lesap ntah kemana". Sedih pulak bunyinya. Perlian pun ada juga sahamnya. Uchi Gaban tidak berani tanya siapa dan kenapa dengan kawan tersebut.
Dua-tiga hari kemudian, di facebook seorang rakan yang masih bujang memaklumkan seorang rakan bujang lain meninggal dunia keseorangan di rumah beliau. Selepas gagal dihubungi dan tidak hadir bekerja, seorang rakan hadir untuk memeriksa selepas 1-2 hari kematiannya. Seorang rakan bujang lain di facebook meletakkan status di facebooknya "begini ke nasib orang macam kami (bujang)".
Uchi Gaban ada juga bersembang dengan kawan yang pertama. Mana tahu kot-kot kita yang terkena juga. Cuma bersembang dengan orang kerja dia faham la kot. Dia pun sudah start kerja. Tahu macamana keadaan sekitarnya.
Cuba kita fikir-fikirkan dimana kita sebagai kawan sebelum di mana kawan-kawan kita.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..