Tuesday, March 23, 2010

Alumni Oh Alumni - FUU UKM


















Tahun ini genap dekat 8 tahun dah kot Uchi Gaban tinggalkan kawasan keramat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fakuti Undang-Undang UKM. Jauh nun atas bukit. Kawasan elit dan tertinggi di tanah UKM. Bila di sebut ini depan bebudak, ada yang menyampuk "baru nakk nakk masuk 8 tahun. Muda lagi!"

Bila masa pula dok mengeluh pasal umur ni. Memangnya muda sentiasa. Uchi Gaban kan seorang peguam kanan yang baru berumur 18 tahun dengan 14 tahun pengalaman hidup.

Bercerita pasal Fakulti yang dok kata elit tu, banyak cerita zaman awal tahu 1997 di masa saat bergelar mahasiswa. Bukan nak bercerita mengenai hebat fakulti baik universitinya. Tetapi kalau ada tercerita mengenai hebat Uchi Gaban, minta maaflah. Itu adalah fakta dan pengunaannya termasuk dalam "fair use".

Masa Uchi Gaban dulu ada baby (panggilan manis dan tidak meloyakan) dari hutan selalu melintas di jalan biasa yang kami ambil untuk ke fakulti. Bukan setakat baby, kekadang makhluk luar biasa lain juga turut menjengah ke jalan tar ke fakulti. Mungkin mereka pelik melihat warna jip Mat Piah.

Setakat biawak tu, biasa la. Banyak kematian dicatatkan. Cuma baby amat jarang berlaku kerana kepantasan yang ada padanya. Mungkin dia juga ada kebijaksanaan tersendiri untuk mengelakkan kemalangan lalulintas dengan mahasiswa undang-undang ni. Baby sekolah la katakan. Mana tidaknya, atas fakulti undang-undang dan bawah sikit pula ada fakulti kejuruteraan. Memang kawasan haiwan yang agak bijak menghuni di situ.

Paling tidak, pernah ada orang kata "babi sahaja cuba mengelak sedaya upaya bertembung dengan motor dan kereta bebudak law ni. Kalau eksiden, teruk nak berhujah!"

Sepanjang pengalaman bergelar mahasiswa di sana baik semasa ijazah mahupun lepasan ijazah (Master) hanya seekor baby dilanggar mati oleh budak law UKM. Katanya dilanggar oleh motor seorang senior wanita. Tetapi gagal dikesan identiti mahasiswi tersebut. Kami cuba sedaya upaya selaras dengan motto "Mesra Cepat dan Betul". Gagal kecuali sekadar khabar angin. Tidak kuat untuk mulakan pendakwaan.

Akhirnya kes ditutup dengan Non Further Action (NFA) kerana diklarifikasikan sebagai langgar lari.

Tahun ini dan tahun lepas, banyak program yang dianjurkan oleh alumni yang mula dilihat cergas ke arah pembentukan asas pembaharuan dalam nilai sebuah persatuan itu. Dalam sempat dan tidak, adalah juga menyertai beberapa program bersama adik-adik junior di sana. Kebanyakannya memerlukan talk.

Uchi Gaban masa dijemput dan dimohon untuk membantu ada mesej seorang lawyer criminal yang agak-agak handal lagi hebat serta terkenal kini tapi bawah sikit dari aku la. "ekao pergi tak? apa nak talk kat diorang?"

Sebagai junior FUU UKM dan lawyer criminal yang lebih baik dan berhemah, Uchi Gaban redha dengan jawapan mamat yang Uchi Gaban kenali semenjak hari pertama di UKM. "kalau ikut aku la.. aku kelentong je depa ni"

Tanpa prejudis, aku menyokong secara tidak langsung. "ha ah, bukan depa tahu pun"

Kini fakulti tidak sama lagi. Abang cafe dah tukar. Cafe pun dah dialihkan katanya nak buat Moot Court. Kalau ada status Uchi Gaban dalam Facebook yang kata saya pergi full trial di MCUKM (dirujuk sebagai Moot Court Universiti Kebangsaan Malaysia), janganlah terkejut sangat..

Kawasan sekitar sudah mula ditelanjangkan dan didirikan dengan penuh struktur simen. Entah apa nasib keturunan baby dan makhluk di kawasan sekitar. Walaupun hutan simpan masih ada, dengan pembangunan kini mereka tiada alasan untuk melintas jalan tar itu lagi..

Uchi Gaban dah cuba kumpulkan data alumni setakat ada. Yang lain korang cuba memandailah setakat pengetahuan anda semua. Sebab biasanya lepasan fakulti ini bijak-bijak orangnya. Paling banyak bijak 'temberang'nya. Harap anda semua berjaya kumpulkan semua seniorsss dan juniorss dari yang pertama sehingga bacth berapa agaknya..

Sebelum itu kalau ada mahasiswa dan mahasiswi fakulti tersebut membela sebarang haiwan jenis biawak atau bahasa indahnya iguana dan telah kehilangannya sekitar bulan Februari 2010. Harap jangan teruskan pencarian kerana pada bulan tersebut, Uchi Gaban ada memandu kereta besarnya dengan laju di kawasan fakulti. Selebihnya tafsir sendiri. Walaupun Uchi Gaban seorang peguam jenayah tersohor dan agak dikenali, Uchi Gaban tidak dapat mewakili anda dalam sivil atau jenayah berkenaan kehilangan iguana itu.

"Conflict of Interest & Hand Not Tooo Clean"

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►