Wednesday, November 4, 2009

Rayuan Sebelum Pembicaraan Jenayah - Representasi

Ada ke istilah rayuan jenayah sebelum bicara?

Itu antara satu soalan yang pernah ditanyakan melalui email yang dikatakan seorang mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Entah kenapa ditanya soalan sedemikian, saya pun tidak pasti. Yang pasti saya menjawabnya secara ringkas. Selebihnya boleh ditanya melalui pembacaan kerana intipati telah dijawab.

Saya ambil peluang ini untuk menjawab sekali lagi untuk menjawab secara ringkas mengenai isu berkenaan kerana soalan tersebut sekali lagi ditanya oleh seorang peguam yang 'cuba' buat kes jenayah tanpa mempelajarinya melalui pengalaman. Malah yang lebih menarik siap nak minta contoh.

Dalam prosiding pembicaraan jenayah di Malaysia, Mahkamah memberikan peluang kepada pihak Pembelaan untuk membuat satu rayuan atau dalam istilah yang yang lebih tepat ialah representasi kepada pihak Peguam Negara yang mempunyai kuasa dan budibicaraan terhadap kuasa pendakwaan di Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Malaysia untuk mempertimbangkan representasi tersebut.

Antara lain tujuan representasi tersebut ialah bagi mengemukakan fakta dan pernyataan yang mungkin boleh membantu pihak Peguam Negara mempertimbangkannya dan membuat keputusan samada ingin meneruskan pendakwaan terhadap Orang Kena Tuduh, mengurangkan kepada satu pertuduhan yang lebih ringan atau pindaan kepada pertuduhan atau memberikan satu pertuduhan pilihan sebagaimana kuasa budibicaranya.

Matlamat representasi juga akan memberikan ruang kepada perbincangan dan rundingan dalam menyelesaikan perkara ini terutama bagi menjimatkan masa pihak-pihak yang terlibat. Rundingan yang dimaksudkan bukan rundingan seperti sivil yang boleh diselesaikan di luar Mahkamah tetapi lebih kepada membantu pihak Peguam Negara mempertimbangan fakta dan pernyataan di dalam representasi yang boleh membantu dalam membuat keputusan segera berkenaan pertuduhan tersebut tanpa menunggu tarikh pembicaraan.

Ekoran daripada representasi tersebut, pihak Pendakwaan iaitu Peguam Negara boleh melepaskan pertuduhan ke atas Orang Kena Tuduh atau meminda satu pertuduhan baru ataupun mengemukakan satu pertuduhan pindaan bagi pertuduhan yang sedia ada.

Antara lain yang biasanya dinyatakan oleh pihak pembelaan dalam representasi tersebut ialah mengenai fakta pertuduhan bersama latarbelakang kesalahan jenayah Orang Kena Tuduh. Fakta-fakta yang mungkin menyebelahi Orang Kena Tuduh yang dinyatakan oleh pihak Pembelaan mungkin boleh membantu dalam pertimbangan pihak Peguam Negara.

Bagi kes-kes kecil melibatkan kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen banyak fakta dikemukan dilihat akan menggambarkan satu pembelaan dan fakta sebenar kepada kes tersebut terutama yang mungkin boleh dianggap sebagai kekeliruan dalam fakta yang ada (fakta dan cerita pihak pembelaan). Selain daripada itu, diselitkan isu perundangan dan fakta serta pembuktian yang mungkin boleh dijadikan pertimbangan pihak Peguam Negara.

Bagi kes jenayah yang melibatkan hukuman yang agak berat mahupun satu hukuman mandatori, satu representasi banyak bersandarkan berkenaan isu pembuktian dan perundangan yang ada tanpa menyentuh soal fakta dan cerita yang membayangkan pembelaan pihak Pembelaan.

Oleh kerana dalam kes sedemikian isu pembuktian dan perundangan yang terlibat agak kompleks serta jumlah saksi yang akan terlibat agak ramai, isu pembuktian dan perundangan cukup untuk dipertimbangkan dan dinyatakan melalui representasi bagi pertimbangan pihak Peguam Negara di samping tidak menjejaskan prejudis keadilan dalam pembelaan pihak Orang Kena Tuduh. Ada peguam senior kata "Jangan dok cakap ambush nak buat kat mana!". Boleh pakai ke?

Pelaksanaan dan pertimbangan representasi terbukti memberikan satu pilihan baik dalam melaksanakan keadilan dalam masa singkat tanpa memprejudiskan keadilan kepada mana-mana pihak.

Dalam perkara ini, representasi akan menjimatkan dan kos kesemua pihak iaitu Pembelaan, Pendakwaan, Mahkamah, Saksi-saksi, Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia mahupun Kerajaan Malaysia sendiri.

3 komen:

reza ^__^ said...

Bagaimana bagi seseorang yg menghadiri perbicaraan kerana terlibat dlm kes pengambilan ganja? Pada mulanya, saya keliru dgn soalan yg diberi doktor yg mengatakan tentang simtom ketagihan. Doktor tanya, "sekarang ni awk ada rasa tak goosebump, bangun pagi badan lesu dan menguap keluar air mata?"
Saya jawab ada, kerana saya fikir waktu tu pagi dan simtom tu pada saya biasa kerana saya seorg student and bagi saya normal sbb saya biasa tidur lewat dan bangun pagi terasa lesu dan sering menguap. Rasa goosebump pula saya rasa bila rasa sejuk saja. Tapi doktor yg ambil statement saya tu telah salah sangka dgn keterangan saya. Skrg ni saya akan dibicarakan kerana ketagihan ganja, padahal saya tkde simtom tu semua. Harap dpt bantu saya utk jwb di mahkamah nnti. Balas di email saya, reza.azmeer95@gmail.com

CikAireen said...

Bagaimana kalau terlibat kes terduduh . Sejenis kes Ganja ? Dan sye kena terduduh secara mengejut kan . Dan sye tak tahu pape dan sye tak buad bendee tu semuaa . Tertibe kena tuduh dalam hal kes ganja .. macam mana tu ye? Harap dapat bantu sye sebelum sye naik court berbicara mahkamah . Reply di Email sye, CikAireen99@gmail.com

Unknown said...

Boleh bagi satu contoh submission.

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►