Sugus & Cik Assan
Oleh kerana umur saya yang tidak jauh beza dengan anak-anak makngah iaitu sepupu saya maka saya amat rapat dengan mereka kekadang siap tidur di rumah makngah. Saya masih ingat pada masa kecil, makngah ada belikan saya baju tidur special berwarna biru. Katanya "Ini baju tidur Ise (nama glamor saya), tapi takleh bawak balik rumah... bila nak tidur sini baru boleh pakai."
Kini kami dah besar. Farid dah kahwin dan ada seorang anak. Kakaknya, Azilah lepasan Sarjana Komputer kini seorang pensyarah IPTA. Manakala Faiz yang muda setahun dari saya telah meninggal 2 tahun yang lepas.
Masa kecil-kecil, saya ada dipanggil sugus oleh keluarga makngah saya. Contoh ayat "Sugus mari doh tu!" Semuanya bermula apabila banyak kredit saya dihabiskan dengan membeli sugus, jenama gula-gula yang masih relevan sehingga kini. Poket saya mesti ada stok sugus. Abah senyum sahaja.
Panggilan itu lekat seberapa ketika sehingga anak makngah yang paling kecil iaitu Siti memanggil aku sebagai "Asan" kerana tidak boleh menyebut Ise dengan baik kerana telor. Panggilan itu masih lekat sehingga kini. Mujur isteriku tidak perasan apabila kekadang makngah ada memanggil saya dengan ayat Ise dan kekadang dengan panggilan Asan.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..